Laman Utama

Hati-Hati Pelakon Malaysia! Akaun Instagram Pengarah Rashid Sibir Kena Godam - "Lepas Tu Dia Menyamar Pulak..." - Kazar

Badrul Hashim
25/01/2021
12:25 MYT
Akaun Instagram kepunyaan pengarah terkenal Rashid Sibir digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan digunakan oleh pihak tersebut untuk mendakwa mereka daripada pihak Instagram.
Perkara tersebut didedahkan oleh penyanyi dan pelakon Kazar dalam satu muat naik di Instagram miliknya.
"Akaun director Rashid Sibir telah di hacked. Pastu dia menyamar plak jadi management instagram utk hack kita plak.
"Jom semua followers Tuan rashid, kita unfollow binawe tu," tulis pelakon Kampong Pisang Bersiri-Siri itu.
Dalam entri tersebut, Kazar turut berkongsi satu DM daripada penggodam tersebut yang mendakwa Kazar telah melanggar polisi hak cipta dengan tujuan untuk menggodam akaun lain pula.
Instagram pengarah drama Pondok Buruk dan Bidadari Kiriman Tuhan itu mempunyai lebih 60,000 pengikut yang kebanyakannya merupakan pelakon-pelakon tempatan.
Nama akaun Instagram tersebut juga telah ditukar kepada igsupportchat untuk mengelirukan orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Didakwa Curang? Puteri Dubai Umum Cerai Menerusi Hantaran Instagram – “I Divorce You..”

gempak
19/07/2024
12:55 MYT
Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Mohammed Rashid Al Maktoum, Puteri Sheikha Mahra bertindak menceraikan suaminya Sheikh Mana Al Maktoum menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hiburan

"Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milik Ku Dalam Islam" - Nedim

gempak
20/06/2024
00:25 MYT
Bekas suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri tampil berkongsi hantaran terbaharu di Instagram, difahamkan menggambarkan perasaannya selepas berpisah.
Sukan

"Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

gempak
08/06/2024
09:30 MYT
Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar melaungkan amaran akan bangkit lebih kuat selepas tewas kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Sabtu.