"Hati Mahu Buat Macam-Macam Aksi Tapi ..." - Beto Kusyairy Kena Slip Disc, Bataskan Gerak Fizikal
Ainun
19/11/2024 08:55 MYT
19/11/2024 08:55 MYT
Pelakon Beto Kusyairy akui pergerakannya kini semakin terbatas, menyukarkan dirinya untuk melakonkan babak aksi dalam filem yang dibintangi akibat beberapa kecederaan lama yang kembali berulang.
Menurut Beto, atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, faktor usia yang semakin meningkat ini adalah salah satu penyumbang kepada kelambatannya dalam melakukan beberapa aksi yang mencabar.
"Umur saya sudah 44 tahun, semestinya apabila sudah mencecah angka empat semua perkara menjadi perlahan. Nak buat badan jadi perlahan, apatah lagi pergerakan sudah tidak sama seperti zaman muda dahulu.
Menurut Beto, atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, faktor usia yang semakin meningkat ini adalah salah satu penyumbang kepada kelambatannya dalam melakukan beberapa aksi yang mencabar.
"Umur saya sudah 44 tahun, semestinya apabila sudah mencecah angka empat semua perkara menjadi perlahan. Nak buat badan jadi perlahan, apatah lagi pergerakan sudah tidak sama seperti zaman muda dahulu.
"Banyak kecederaan lama yang saya tak pernah layan, sekarang datang semula. Pinggang mula sakit dan hari itu check rupanya ada dua tempat slip disc. Selama ini saya tak layan sakit itu.
"Hati mahu buat macam-macam aksi, tetapi kemampuan fizikal tidak membenarkan. Sudah terbatas sedikit. Saya terfikir juga mahu perlahankan watak-watak yang terlalu aksi,” katanya kepada Gempak.
Beto berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran filem Gayong di TUDM, Sungai Besi pada Isnin.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan filem Istanbul Aku Datang itu memanjatkan kesyukurannya kerana babak aksi dalam filem Gayong ini tidak sukar dan koreografi yang diberikan masih mampu dilakukan.
"Saya bersyukur dalam projek filem Gayong, saya diberikan koreografi yang sangat bagus dan mampu dibuat. Saya juga dijaga dan dikawal dengan baik dari sudut keselamatan.
"Dari hari pertama penggambaran hingga hari terakhir filem Gayong, alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma lebam dan luka sikit itu biasalah,” jelasnya.
Bagaimanapun, Beto turut menyatakan kerisauannya terhadap penerimaan penonton apabila dia membawa watak sebagai pengasas seni Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Rahman.
Tambahnya lagi, Beto turut mengakui pada awalnya, dia enggan untuk menerima tawaran tersebut.
Walau bagaimanapun, selepas dipujuk dan diyakinkan oleh pihak produksi, dia akhirnya bersetuju untuk menggalas watak tersebut.
"Antara cabaran yang saya hadapi adalah dari sudut ekspektasi masyarakat terutama keluarga arwah Datuk Meor dan juga peminat arwah serta anak-anak silat gayong.
"Saya sebenarnya berat hati untuk terima tawaran ini pada mulanya kerana risau tentang penerimaan masyarakat.
"Saya sendiri merupakan anak gayong, saya belajar silat gayong bermula darjah satu sampai habis sekolah menengah. Masuk universiti mula perlahan.
"Namun, saya terima tawaran selepas berjumpa dengan pihak penerbit dan diterangkan jalan cerita, akhirnya saya terima. Filem ini mengenai awal penubuhan silat gayong, bila dengar saya mula reda sikit,” kongsinya.
Selain Beto, filem arahan Faisal Ishak itu turut menampilkan Nabila Huda dan Syafie Naswip selaku tunjang utama. Naskhah ini dijangka bakal menerjah pawagam seluruh Malaysia pada Mei 2025.