gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
HIBURAN
“Kalau Suka, Okay Kahwin La…” - Hisyam Hamid Tak Gemar Buang Masa Dengan Bercinta Lama-Lama
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hati Masih Belum Berpunya, Shiqin Kamal Mahu Suami ‘Provider’ - “Sebab Kita Nak Main…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
11/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Hati Masih Belum Berpunya, Shiqin Kamal Mahu Suami ‘Provider’ - “Sebab Kita Nak Main…”
Tidak pernah terpalit dengan gosip cinta, pelakon Shiqin Kamal mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa atau kekasih buat masa ini.

Belum berpunya

Menurut Shiqin, dia kini sedang aktif dalam bidang sukan berkuda dan terbuka hati jika bertemu dengan lelaki yang mempunyai minat yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiqin Kamal Sudah 11 Tahun Berjubah Hitam Di Pagi Raya - “Bila Ibu Dah Pergi, Mood Raya Pun Tiada”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Menjiwai Watak, Shiqin Kamal Sanggup Ambil Guru Lakonan - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Tolak Rezeki, Shiqin Kamal Bosan Bawa Watak Penyondol - “Seolah-Olah Macam Template”

“Saya masih single and available. Sekarang saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.

“Jadi, hati saya kini dimiliki kuda. Saya bukan la nak cari lelaki yang main sukan kuda. Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’.

“Kalau terjumpa seseorang yang ada minat yang sama, Alhamdulillah. Tapi kalau tak jumpa, tak apa… kita tak mencari,” kata Shiqin kepada Gempak.
Shiqin ditemui ketika malam gala filem Martabat Misi Berdarah yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Suami 'provider'

Dalam pada itu, Shiqin sempat berseloroh mengatakan dia mahu seorang lelaki yang mampu menjadi ‘provider’ seratus peratus memandangkan hobinya adalah sukan berkuda.
“Saya nak ‘man provider’ seratus peratus sebab kita nak main kuda saja,” katanya secara berseloroh.

Sukan berkuda

Berkongsi mengenai minat dalam sukan itu, pelakon berusia 33 tahun ini sudah memasang niat untuk menjadi wakil Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (SEA Games) sebelum usianya 40 tahun.
“Saya aktif berkuda sebab dah jadi satu hobi. Lagipun, saya pun dah pasang niat sebelum umur 40 tahun, saya nak jadi wakil Malaysia dalam SEA Game.

“Saya memang dah pasang niat dan lebih serius sejak tahun lalu. Insya-Allah buat pertama kali saya akan sertai pertandingan berkuda pada hujung bulan ini.

“Ikutkan saya mula aktif berkuda dan memanah sejak lima tahun lalu bersama Natasha Hudson taoi waktu itu ‘on and off’.
“Tapi akhir tahun lalu, saya mula serius semula dan belajar jumping. Kalau tak boleh nak banggakan rakyat Malaysia dengan lakonan, kita banggakan dengan kemahiran yang ada,” ujarnya,.
Topic Berkaitan
#SEA Games
#Shiqin Kamal
#Kuda
#Wakil Malaysia
#Man provider
#Suami provider
#Sukan berkuda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement