Laman Utama

Hati Yang Dikhianati; Lisa Tiba-Tiba Pengsan, Eh Takkan Mengandung?

Amri Hassan
19/11/2021
04:18 MYT
Pergolakan kisah antara Lisa (Isyariana) dan Elyas (Amar Baharin) dalam drama bersiri hebat Hati Yang Dikhianati terus mendebarkan penonton.
Menerusi klip episod 61, ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Lisa apabila dia tiba-tiba pengsan ketika kontrontasi dengan Elyas.
Adakah Lisa sudah hamil? Eh takkan kot, nanti mesti abang Iskandar marah!
Dalam masa sama, sikap Maria (Mona Allen) yang licik memperdaya suaminya, Iskandar (Zamarul Hisham) membuatkan ramai yang semakin geram dan marah.
Seperti ciapan pengguna bernama @Shahirahazn; "Geram pula dengan Maria ni. Tak sabar tunggu Lisa bangkit. Fight Lisa."
Bagi yang terlepas episod menarik sepanjang minggu ini, Fendy Bakri antara pelakon baharu yang muncul dalam drama Hati Yang Dikhianati. Siapa pilihan netizen? Fendy (Adam) yang kacak atau Shah Iskandar (Imran) yang lucu?
Apapun, saksikan episod 61 Hati Yang Dikhianati pada petang ini (Jumaat) untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku pada Lisa!
Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar dan Mia Nasir.
Drama adaptasi telenovela popular Mis Tres Hermanas itu disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.