Laman Utama

Hayati Filem Mat Kilau, Sampai Menitis Air Mata - Ini Reaksi Penonton Di Indonesia, Terima Kasih Atas Sokongan

Mya Amri
09/09/2022
09:30 MYT
Sedih dan sebak itulah antara perasaan yang dirasai oleh penonton di Indonesia ketika menonton tayangan malam gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta baru-baru ini.
Filem epik terhangat arahan Syamsul Yusof itu ternyata berjaya membuatkan hati penonton tersentuh dengan jalan cerita yang mengangkat kisah perjuangan pahlwan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Filem Mat Kilau, reaksi penonton itu dirakam dari jauh ketika masing-masing sedang asyik menonton.
Tidak hanya sebak, penonton juga dilihat mengalirkan air mata dan menangis pada babak-babak tertentu.
“Saya bangga dengan filem-filem seperti ini, tentang perjuangan. Saya sampai terharu tonton filem ini. Memang sangat menyenangkan.
“Kita melihat bahawa bangsa Melayu, bangsa Malaysia, bangsa Indonesia pernah berjuang melawan penjajahan,” kata pelakon Indonesia, Donny Alamsyah.
Rata-rata penonton juga menyukai dan bangga dengan keberkesanan lakonan pelakon aksi silat mereka iaitu Yayan Ruhian yang memegang watak sebagai Toga.
Turut hadir bersama pada tayangan malam gala itu ialah penerbit dan pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali bersama Syamsul Yusof serta barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.
Istimewanya lagi malam gala itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran penonton dari Kepulauan Riau yang hadir dengan memakai busana lengkap Baju Melayu siap bertanjak dan bersongket.
Difahamkan, filem tersebut ditayangkan di 200 pawagam di sekitar Indonesia bermula 31 Ogos lalu.
Untuk rekod, Mat Kilau mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi filem dnegan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.
Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, Mat Kilau telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini.
Mat Kilau juga bakal ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia pada 16 September ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.