Kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2022 melaporkan satu peningkatan baharu untuk radio di Malaysia dengan jumlah pendengar individu mencapai hampir 97.2% di Semenanjung Malaysia, setara dengan 21.6 juta pendengar radio mingguan, menandakan peningkatan yang ketara sebanyak 300,000 dari kajian terdahulu.
Dari ini, Astro Radio terus mempertahankan kedudukannya sebagai jenama radio tempatan No. 1 dengan 16.1 juta pendengar mingguan atau 74.6% daripada 21.6 juta pendengar radio terkini, mengukuhkan kepimpinannya sebagai rangkaian radio dengan jumlah pendengar tertinggi di dalam negara.
Peningkatan jangkauan pendengar Astro Radio didorong oleh 18.4 juta purata penstriman radio digital, 26.6 juta pengikut media sosial, 177.4 juta tontonan video dan 75.1 juta purata capaian catatan di halaman Facebook.
Jenama-jenama Astro Radio terus mendahului dengan kedudukan No. 1 di kesemua bahasa: ERA, jenama Melayu No. 1; Hitz FM, jenama Inggeris No. 1; MY, jenama Cina No. 1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1.
Jenama Melayu di Astro Radio mencatatkan capaian 9.7 juta pendengar, bersamaan 69.0% capaian, jenama Inggeris pula mendapat 3.7 juta pendengar, bersamaan 85.6% capaian, manakala jenama Cina pula menerima 3.5 juta pendengar, bersamaan 70.7% capaian dan jenama Tamil juga memperoleh 1.6 juta pendengar, bersamaan 86.1% capaian.
• ERA, jenama radio No. 1 Malaysia, merekodkan pendengar mingguan kepada 5.3 juta dan terus mengekalkan jangkauan tertinggi mingguan untuk radio di Malaysia di kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun, dengan 2.7 juta pendengar. Segmen Pagi kekal No. 1 dengan 2.8 juta pendengar dan Segmen Petang di ERA juga kekal menerima pendengar tertinggi sebanyak 2.4 juta pendengar. Jenama ERA juga menerima peningkatan Pendengar Setia Tertinggi di kalangan jenama-jenama radio lain dengan 1.0 juta.
• SINAR, kekal menjadi jenama radio kedua paling didengari secara keseluruhan dan merupakan jenama radio berbahasa Melayu No. 2 di Malaysia, dengan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 5.0 juta pendengar mingguan. Segmen Pagi SINAR menerima peningkatan sebanyak 2.6 juta manakala Segmen Petang mencapai 2.3 juta pendengar mingguan. SINAR juga mencatatkan peningkatan ‘Pendengar Setianya’ kepada 865,000.
• GEGAR, jenama radio Malaysia No. 1 di Pantai Timur, mencatatkan 2.1 juta pendengar mingguan merangkumi hampir 39% jumlah pendengar dari Kelantan, 20% dari Pahang, 23% dari Terengganu dan 17% dari Pantai Barat.
• ZAYAN mencatatkan 321,000 pendengar mingguan dengan Segmen Pagi meningkat kepada 172,000, selain itu Segmen Petang mengumpulkan 151,000 pendengar.
• Dengan 2.4 juta pendengar mingguan, Hitz FM juga mencapai ‘Pendengar Setia’ tertinggi untuk jenama Inggeris sebanyak 356,000 pendengar, Segmen Pagi tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.1 juta pendengar dan Segmen Petang tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.2 juta pendengar.
• Mix FM mencatatkan peningkatan 1.3 juta pendengar mingguan, dengan Segmen Pagi meningkat kepada 617,000, manakala Segmen Petang merekodkan peningkatan sebanyak 636,000 pendengar.
• Lite FM mencatatkan peningkatan pendengar mingguan sebanyak 855,000 dengan Segmen Pagi dan Segmen Petang keduanya meningkat kepada 406,000 dan 393,000 pendengar secara berasingan.
• Pendengar mingguan di MY merekodkan sebanyak 2.7 juta pendengar mingguan di mana Segmen Pagi dan Segmen Petang keduanya mencapai jumlah pendengar tertinggi untuk jenama radio Cina dengan 1.6 juta dan 1.6 juta pendengar untuk keduanya. MY juga merekodkan peningkatan ‘Pendengar Setianya’ kepada 728,000.
• MELODY meningkatkan jumlah pendengar mingguannya kepada 1.2 juta, dengan Segmen Pagi dan Petang meningkat kepada 658,000 dan 634,000 pendengar masing-masing.
• GOXUAN mencapai peningkatan jumlah pendengar mingguannya kepada 244,000. Segmen Pagi merekodkan peningkatan sebanyak 115,000 pendengar manakala Segmen Petang mencatatkan 102,000 pendengar. GOXUAN juga meningkatkan ‘Pendengar Setianya’ kepada 50,000.
• RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 di Malaysia merekodkan jumlah pendengar mingguannya kepada 1.6 juta, di mana Segmen Pagi dan Segmen Petang mencatatkan 863,000 dan 879,000 pendengar berasingan.
Kajian dilakukan selama 6 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) diedarkan kepada 6,000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka.
21 jenama radio komersial mengikuti kajian ini dan Astro Radio memperoleh 7 kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas.
Amri Hassan
Mon Nov 21 2022
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.