Hiburan

Hello Future! Jangan Tak Percaya 6 Siri Lengkap Huawei Ini Mampu Jadikan Hidup Anda Lebih Produktif!

Hanafis Haris
22/11/2019
09:11 MYT
Tidak lama lagi dunia akan merentasi penggunaan jalur lebar 5G dan pastinya gaya hidup pengguna seluruh dunia bakal berubah.
Malah, dengan pengumuman siri gajet terbaru Huawei, pastinya kerja dan aktiviti harian anda akan menjadi lebih mudah! Pantas, efisyen dan berkualiti.
Jika anda tercari-cari produk yang mempunyai ekosistem menyeluruh dalam memudahkan kerja atau aktiviti harian, anda perlu melihat beberapa produk keluaran HUAWEI ini.
Kesemuanya direka khas untuk membantu produktiviti harian anda.

#1 Siri HUAWEI Mate 30 Peranti Flagship Peranti Serba Boleh!

Bukan sekadar telefon pintar, HUAWEI Mate 30 Pro sebaliknya peranti serba boleh terutama untuk menghasilkan pelbagai kandungan atau content bagi dunia digital!
Huawei Mate 30 Pro terbaru ini dilengkapi kamera SuperSensing 40 Megapiksel (MP) dengan 16MP kamera Ultra Wide selain 8MP kamera Telephoto.
Namun, paling mengagumkan, Mate 30 Pro merupakan telefon pintar pertama dilengkapi ciri Ultra Slow-mo menghasilkan 7680 fps ultra perlahan. Berganda-ganda jauh daripada telefon pintar anda sekarang.
HUAWEI Mate 30 Pro juga layak digelar sebagai telefon 'future' kerana anda boleh guna fungsi tanpa menyentuh skrin menerusi AI Gesture.
Selain itu, Mate 30 Pro dapat menentukan orientasi skrin yang betul dengan mengesan muka anda menerusi AI Rotate.
Malah, AI Privacy juga boleh menyembunyikan kandungan notifikasi anda mengikut pemilik telefon sahaja. Jangan bimbang jika teruma notifikasi dengan kandungan sensitif.

#2 MateBook 13 Mampu Jalankan Pelbagai Tugas Serentak

Antara fungsi yang memudahkan kerja produktiviti anda adalah melakukan dua tiga kerja serentak.
Sekarang, hanya Siri Mate 30 dan MateBook 13 mampu melakukan kolaborasi 'multi-screen', selagi telefon pintar EMUI 10.
Satu skrin untuk kerja pejabat anda dan satu lagi untuk penstriman.
Sambil buat kerja, sambil layan perlawanan bola sepak atau menonton filem! Anda boleh kawal mana-mana skrin dengan mudah.
Paling menarik anda boleh sambungkan HUAWEI Mate 30 bersama MateBook 13. Sesuai untuk mereka yang kerap menggunakan dua peranti ini seperti jurugambar atau melakukan kerja-kerja pejabat untuk tujuan presentation.
Nak lebih mudahkan kerja anda, kesemua video ini boleh dipindah ke komputer MateBook 13 dengan mudah dan cepat dengan teknologi 'One Tap to Share'.
Hanya sekali sentuhan atau ‘one touch’ je korang dah boleh selesaikan tugasan. Tak perlu tunggu lama-lama!

#3 HUAWEI WiFi Q2 Pro Peranti Penting Untuk Sambungan WiFi Maksima

Ini antara keperluan bagi kebanyakan generasi muda sekarang.
Baik untuk tujuan penstriman video mahupun untuk bermain game kerana tiada lengah masa atau lagging.
Dengan HUAWEI WiFi Q2 Pro, tiada lagi zon mati atau gangguan isyarat internet yang menjejaskan kerja atau gaming anda.
Anda boleh bandingkan perbezaam kelajuan serta kualiti internet apabila menggunakan peranti ini. Senang cerita, ia antara yang paling wajib ada!

#4 Jam Tangan Pintar Watch GT 2 Dengan Keupayaan Bateri Hingga 2 Minggu

Penggunaan jam tangan pintar semakin mendapat perhatian generasi muda kerana fungsi yang pelbagai dan menyeluruh.
Jam tangan pintar Huawei Watch GT 2 ini bukan saja boleh semak teks, emel, jawab panggilan telefon, malah boleh pantau tahap kesihatan dan progres anda senaman.
Terdapat 15 mod sukan untuk dipilih dan 190 maklumat sukan tersedia.
Namun dalam pelbagai fungsi ini tidak bermaksud jangka hayat baterinya sedikit, Huawei Watch GT 2 sebaliknya mampu bertahan hingga dua minggu!
Tidak cukup dengan itu anda boleh pilih 'watch face' jam anda mengikut rekaan atau gambar pilihan anda sendiri. Pada mereka yang mempunyai kekasih, boleh la letak gambar kekasih hati masing-masing.

#5 FreeBuds 3

Earfon yang mempunyai fungsi Noise cancellation selalu mahal.
Namun, FreeBuds 3 menjanjikan fungsi berkenaan dengan harga mampu milik.
FreeBuds 3 boleh kurangkan suara atau bunyi background semasa anda membuat panggilan yang membolehkan penerima dapat mendengar suara anda dengan kuat dan jelas.
Fungsi pengurangan bunyinya sangat berkesan.
Pembelian akan didatangkan dengan bekas simpanan yang boleh dicas bersama HUAWEI Mate 30 menerusi reverse wireless charging!

#6 Gentle Monster, Cermina Mata Masa Depan!

Cermin mata masa depan! Itu lah yang boleh digambarkan tentang produk terbaru ini.
Cermin mata hitam Huawei X Gentle Monster boleh digunakan untuk menerima panggilan dan memainkan lagu.
Ketuk pada bahagian depan kaca mata dan anda bolehlah menerima panggilan. Jawab panggilan menggunakan cermin mata pastinya kelihatan lebih futuristik!
Jangan tak percaya bekas cerima mata ini boleh dicas dan kemudiannya bertindak sebagai pengecas cermin mata. Mampu bertahan selama 8 jam.
Hebat bukan? Kesemua produk di atas ini saling berkait rapat menjadikan ia satu ekosistem yang sangat kuat.
Ekosistem ini sekali gus mampu meningkatkan produktiviti dan menjadikan kehidupan anda lebih pintar!
Jadi apa tunggu apa lagi? Mulakan gaya hidup pintar dengan HUAWEI hari ni kerana kesemua peranti sudah pun dijual di seluruh negara.
Peranti Smart Life Huawei yang mengandungi siri HUAWEI 30 dijual pada harga dari RM2,799, siri MateBook 13 dari RM3,599, siri Watch GT 2 dari RM799, HUAWEI X Gentle Monster pada harga RM1,599, FreeBuds 3 pada harga RM679, dan akhir sekali WiFi Q2 Pro pada harga RM499.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau FB HUAWEI.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Iklan

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Screen Adalah Tablet Yang Paling Berbaloi Dimiliki

gempak
29/06/2024
06:25 MYT
Telefon bimbit dan tablet merupakan gajet yang penting untuk rakyat Malaysia yang sememangnya sudah menjadi kegunaan harian.
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Canggih? Ini Desas Desus Ciri Terbaru iPhone 15! Paling Tak Sangka…

gempak
16/02/2023
05:56 MYT
Fuh!
Laman Utama

Apa Yang Menjadikan HUAWEI Mate 50 Pro Dengan Google Apps Antara Telefon Pintar Terbaik Di Malaysia? Ini Sebabnya

gempak
30/12/2022
11:38 MYT
HUAWEI Mate 50 Pro best!
Laman Utama

Kombinasi Sempurna Untuk Gaya Hidup Anda! Rugi Kalau Tak Cuba HUAWEI nova 9 & HUAWEI WATCH GT 3

gempak
24/12/2021
04:02 MYT
Banyak fungsi canggih!
Laman Utama

Unbeatable! Sudahlah Murah, OPPO A95 Lagi Boleh Tambah 5GB RAM? Ganjaran Pun Banyak Kalau Tempah Awal!

gempak
18/11/2021
05:40 MYT
Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan OPPO A95!