Sebagai seorang pelakon, Azhan Rani pernah berkongsi bersama Gempak bahawa beliau tidak menerima tawaran untuk mengulas produk (product review) daripada peniaga di platform media sosial kerana bimbang fokusnya terhadap lakonan akan terganggu.

Baca: Azhan Rani Tak Buat 'Review' - "Mahu Fokus Sebagai Pelakon Bukan Tukang Ulas Produk"

Dalam masa yang sama, pelakon serba boleh ini mengakui biarpun tanpa pengulas produk, dia masih menyokong peniaga-peniaga atas talian dengan membeli barangan daripada mereka.

"Walaupun memang aku jenis tak buat paid review tapi sebenarnya dari dulu aku support je bussiness online ni. Bila datang covid19 ni perasan tak perasan bussiness online semakin jadi pilihan. Tak payah orang lain la, aku sendiri pun beli pakai picit-picit telefon je dah.

"Nak ke kedai atau shopping mall dah macam tinggal sejarah je sekarang ni. Tak tau la sampai bila. Semoga yang berniaga online ni sentiasa dimurahkan rezeki dan yang penting rezeki mereka dirahmati. kita pun sama-sama la kongsi rezeki," tulis Azhan pada satu entri di Instagram miliknya.

Namun menurut Azhan, dalam menyokong usaha peniaga-peniaga atas talian ini, beliau juga berasa tidak selesa dengan cara segelintir daripada mereka.

"Cuma sekadar pendapat aku la. Aku ni jenis sangat tak selesa dan cepat je tak jadi nak berurus niaga kalau jenis orang tu promo product dia tapi tak ada details harga, details product, delivery berapa hari sampai. Pastu suruh DM/PM dia personal pulak.

"Ada tu yang kita kena follow akaun IG atau FB dia tapi kekdahnya dia private. Eh, hello ko tu penyanyi Blackpink ke sampai nak private bagai. Pastu nak kena berwhatsapp personal dengan kau dah kenapa.

"Aku ni nak berurus niaga je bukan nak bercinta dengan ko pun. dah la aku tak tau details product ko. Kata nak berniaga. Elok-elok orang nak beli dah jadi tak jadi," ulas Azhan panjang lebar.

Tambah Azhan, dia akan memilih cara yang lebih selesa dan mudah untuknya membeli barangan daripada membeli dari penjual yang meletakkan pelbagai cara yang menyusahkan.

"Tapi tak tau la mungkin aku je kot yang rasa benda ni tak selesa. Ye la pilihan ada banyak. ikut masing-masing la. just, untuk aku, kalau ada cara yang lebih selesa dan mudah aku akan pilih yang itu.

"Anyway, tq brader2 delivery yang menghantar parcel2 ni. safe ride brader. semoga Allah lindungi kamu semua. muaah ciket," tulisnya lagi.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)


Azhan Rani merupakan seorang pelakon yang sering menjadi pilihan penerbit dan pengarah kerana lakonannya yang sangat berkesan dalam setiap watak yang diberikan.

Dia bakal muncul dalam super telefilem yang bertajuk 'Kampung Latah Kena Kuarantin' yang akan ditayangkan di Astro First.

Kredit Gambar: Instagram Azhan Rani