Pelbagai hiburan dan aktiviti menarik yang akan disajikan sempena Astro Baharu di Central i-City, Shah Alam pada Ahad ini.

Pengunjung berpeluang bertemu secara dekat dengan pelakon utama drama Akira Khan iaitu aktres Uqasha Senrose menerusi segmen Meet & Greet pada pukul 12 tengah hari.

Menariknya lagi, peminat program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) dapat beramah mesra dengan juri program tersebut iaitu penyanyi Siti Nirdiana.

Selain Siti Nordiana, ratu rock Malaysia iaitu Ella yang juga juri program The Masked Singer akan turut berada di acara tersebut pada pukul 2 petang, Ahad.

Bukan itu sahaja, selepas beramah mesra dengan Siti Nordiana dan Ella, pelakon filem Special Force Anarchy iaitu aktres Puteri Aishah juga membuat penampilan khas pada pukul 3 petang.

Jom alami Astro Baharu bersama keluarga anda! Strim hiburan berkualiti tempatan dan antarabangsa tanpa gangguan hujan, tanpa ulangan!

Temui Team Roving di Shah Alam atau kunjungi Central i-City, Shah Alam mulai 11 Januari sehingga 12 Februari 2023!

Kenali Astro Baharu bersama selebriti-selebriti kegemaran anda seperti Sherry Alhadad (All Together Now Malaysia), peserta misteri (The Masked Singer Malaysia), Dina & Hefny (Sinar), Nuha Bahrin & Naufal Azrin (Legenda Puteri Qaseh) dan ramai lagi!

Si kecil anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama karakter kesayangan mereka seperti Mechamato, serta menari & menyanyi bersama Didi & Friends, serta banyak lagi.

Nikmati tawaran terhad ini hanya di Shah Alam termasuk diskaun eksklusif, pemasangan serta merta dan peluang untuk membawa pulang tablet serta pelbagai hadiah istimewa secara percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad ini, hubungi Roving Team di +6010 252 2383.

Jom berhibur bersama Astro Baharu di Central i-City Shah Alam. Jumpa di sana!

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.