Hiburan

"Hey Awak, Saya Rindu Awak. Tiap Detik & Tiap Ketika" - Kali Pertama BCL Kongsi Gambar Ashraf Sinclair Selepas...

Badrul Hashim
28/05/2020
15:15 MYT
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) buat kali pertama memuat naik gambar suaminya, arwah Ashraf Sinclair di Instagram miliknya sejak pelakon itu meninggal dunia.
Pelakon, model dan pengacara dari Malaysia yang berkahwin dengan BCL, Allahyarham Ashraf Daniel Mohamad Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Baca: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Baca: Foto: Runtun Hati Netizen Lihat Tangisan Noah, Anak Ashraf Sinclair
Kehilangan Ashraf dirasai bukan sahaja oleh peminat-peminatnya di Malaysia dan Indonesia, tetapi pastinya juga daripada ahli keluarga serta teman-teman selebriti.
Baca: Curahan Hati Adam, Aishah Dan Dida Selepas 60 Hari Pemergian Ashraf Sinclair
Baca: "Kami Tak Akan Ketawakan Awak Pakai Mask Lagi..." - Yuna Kenang Kebimbangan Ashraf Sinclair Terhadap Wabak COVID-19
Pada hari pertama Aidilfitri, BCL turut berkongsi rasa syukurnya dapat berpuasa serta merayakan lebaran bersama orang-orang yang tersayang, dan memohon kepada Allah agar menjaga Ashraf. BCL berkongsi perkara tersebut di IG Stories miliknya.
Dalam entri terbaru di Instagramnya, BCL berkongsi sekeping gambar arwah sedang bermain dengan warna-warna, merupakan gambar pertama arwah yang dimuat naik ke Instagram selepas arwah meninggal dunia.
"Hey You, I miss you... Each and everyday..." tulis BCL ringkas tapi penuh bermakna pada entri gambar tersebut.
Gambar perkongsian tersebut mendapat hampir 700,000 Likes dan hanpir 19,000 komen daripada teman-teman artis dan juga peminat-peminat.
Bunga Citra Lestari berkahwin dengan Allahyarham Ashraf Sinclair pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair.
Semoga Allahyarham Ashraf ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”

gempak
23/07/2024
04:55 MYT
Bercakap kepada Gempak, Bunga Citra Lestari enggan mengulas isu yang membabitkan suaminya itu.
Hiburan

“Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

gempak
22/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons dakwaan sesetengah warganet mengenai dia kini sedang berbadan dua.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
Viral

Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagramnya baru-baru ini masih menyorot perhatian netizen.
Hiburan

Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On

gempak
06/06/2024
00:55 MYT
Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana akhirnya menjawab berita tentang dirinya yang didakwa menyeleweng duit hasil bisnes kulinari yang dibangunkan bersama bekas isteri, Arina Winarto.