Laman Utama
"Hiburan Selalu Dituduh Penyebab Dosa & Maksiat" - 17 Tahun Jadi Artis, Mawi Tak Anggap Dunia Hiburan, Politik Kotor
Penyanyi dan penyampai radio, Mawi menepis dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan bahawa industri hiburan adalah ‘kotor’ dan menjadi punca kepada dosa dan maksiat.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama penuh Asmawi Ani, 41, berkata, dunia hiburan tidak akan menjadi 'kotor' seandainya seseorang itu tahu memanfaatkannya dan bijak mengatur langkah.
Malah jelasnya, punca industri hiburan menjadi ‘kotor’ disebabkan orang ramai tidak mahu berfikir dengan baik.
“17 tahun aku dalam industri hiburan dan aku lihat dunia hiburan ni selalu dituduh penyebab dosa dan maksiat oleh segelintir pihak.
“Mengikut pengamatan aku, dunia hiburan ini tidak pernah kotor kalau kita bijak mengatur langkah. Menggunakan platform ini untuk menyebar kasih sayang dan mengenal akan pencipta kasih sayang itu.
“Yang membuatkan dunia hiburan ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir!,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Aduh Saliha itu turut menjelaskan, dunia politik juga tidak kotor seperti mana tanggapan buruk yang dikeluarkan segelintir pihak.
“Dunia politik juga tidak pernah kotor. Yang membuatkan dunia politik ini kotor adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir!
“Begitu juga dengan 'dunia'! Dunia ini tidak pernah kotor, yang membuatkan dunia ini kotor dan berlaku pertumpahan darah adalah berpunca dari kita yang tidak mahu berfikir,” tambahnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Must-Watch Video