UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Hidang 'Shell Out' Guna Penyodok Pasir, Netizen Rasa Tak Selesa! - "Kita Ada Adab Terhadap Makanan"

Amri Hassan 22/01/2025 | 04:17 MYT
Sebuah video tular di media sosial memaparkan dua pekerja restoran menggunakan penyodok untuk membawa makanan ke meja pelanggan.
Berdasarkan video dikongsikan oleh pengguna TikTok iaitu @ajizah.dek.wo, pekerja berkenaan dilihat membawa makanan laut untuk dihidangkan ke meja pelanggan yang telah dialas dengan plastik seperti sajian ‘shell out’.

BERITA TRENDING: Peniaga Yang Guna Nama Shell Out Tanpa Kebenaran Bakal Didakwa

Hidangan berkenaan antaranya merangkumi jagung, sotong, udang, ketam, sayur dan nanas.
Kaedah unik tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Aceh Tenggara.
Sehingga kini, video berkenaan telah mencecah 1.4 juta tontotan di TikTok.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak selesa dengan pendekatan tersebut selain mempersoalkan keperluan menjadikan penyodok sebagai peralatan untuk menghidangkan makanan.
"Kita ada adab terhadap makanan yang Allah beri.
"Macam mana dia simpan sekop tu nanti, geli nak makan.
"Dah kegunaan untuk buat skop pasir, tanah dan macam-macam. Cat dia mungkin boleh luntur bila kesan panas.
"Mula-mula tengok sumpah ingat dia nak buang tahi kucing," demikian antara beberapa komen yang ditulis warganet di TikTok.
undefined
Di Malaysia, menggunakan peralatan bukan khusus untuk makanan pernah menjadi fenomena pada tahun 2023 ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.
Ketika itu, ramai peniaga air balang menggunakan akuarium ikan sebagai daya penarik menjual pelbagai jenis air berperisa.

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Unik Memang Unik, Tapi Jual Air Dalam Akuarium Boleh Membahayakan Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudiannya menegaskan bahawa akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarangkan digunakan untuk menjual air balang kepada orang ramai.
Larangan itu termaktub dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan.

BERITA TRENDING: Owner Gerai Dedah Hidangan Yang Ekin Pesan, Bukan Setakat 2 Ekor Ikan Tapi…

#Netizen #Indonesia #Shell Out #Makanan #Adab #Acheh #Penyodok
;