Peniaga yang menggunakan nama Shell Out kini boleh didakwa kerana nama tersebut telah didaftarkan sebagai Trademark oleh Yap Hong Liang dan telah diluluskan oleh MyIPO pada 18 Disember yang lalu.
Mengikut undang-undang, pemilik trademark ini mempunyai hak ekslusif terhadap nama yang telah didaftarkan ini.
Peniaga yang ingin menggunakan nama tersebut harus mendapatkan kebenaran daripada pemilik atau pemilik berhak menghalang penggunaan trademark tersebut.
Pemilik juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat perlanggaran penggunaan trademark tanpa kebenaran.
Peniaga yang telah menggunakan perkataan ‘Shell out’ disarankan supaya menukar semula nama lain kerana risau akan tindakan yang bakal diambil oleh pemilik sekiranya tidak mendapat kebenaran.
Apakah jenis trademark
Untuk pengetahuan terdapat dua jenis trademark yang didaftarkan untuk ‘Shell Out’ ini, iaitu berbentuk logo dan verbal.
Dalam hal Shell Out ini, undang-undang melindungi rupa logo Shell Out walaupun diubah ejaan, warna dan susun letaknya.
Manakala, cara sebutan atau verbal turut melindungi penggunaan perkataan Shell Out. Jika anda mengubah ejaannya kepada shellout, Shel Aut atau sebagainya namun jika bunyinya masih sama ia tetap tertakluk kepada akta trademark.
Pada 14 April 2017, pemilik trademark ‘Shell Out’ telah mengeluarkan notis amaran di akhbar tentang halangan trademark tersebut menjadi perkataan umum.
Oleh itu bagi anda pengusaha makanan berkonsep Shell Out perlulah mengubah nama menu tersebut jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang oleh pemilik trademark Shell out ini.
Sumber: Cari.com
Rozaimi Zubaidi
Sun May 14 2017


“Anaknya Ada Segalanya, Dia Bimbang Tak Ikut Jejak Langkah” – Khabib Dedah Kerisauan Ronaldo
Cristiano Jr ni hebat tau, pernah jaringkan 58 gol dari 28 penampilan.

Selepas Dihentikan Tayangan Tahun Lalu, Bulan & Pria Terhebat Kini Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!
Bulan & Pria Terhebat Kini Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!

Mengaku Bersalah Atas 5 Pertuduhan, Instafamous & Usahawan Kosmetik Fatin Amiera Didenda Sehingga...
Fatin Amiera yang tidak diwakili peguam memohon denda minimum dan mengakui kesilapannya.

“Islam Menggariskan Adab Pakaian, Sekali Pun Hidup Kita Bebas...” - Surat Terbuka PU Syed Buat Sharifah Sakinah!
Sudah dua kali PU Syed tegur

Sebulan Sambung Belajar Di Singapura, Syed Saddiq Pulangkan Gaji Pada Orang Muar - “I Don’t Deserve To Keep My Salary”
All the best YB!

Bagaimana Keadaan Andi Bernadee Sejak Berubat? Ini Jawab Tuan Punya Badan
Penyanyi Andi Bernadee mengatakan dirinya masih dalam proses melakukan rawatan alternatif selepas menjadi mangsa perbuatan sihir bulan lalu.

Hari Wanita Sedunia – Kejayaan 10 Tokoh Wanita Ini Jadi Sumber Inspirasi, Cetus Aspirasi. Siapakah Mereka?
InTrend sifatkan mereka sebagai ‘wonder women’ dalam bidang yang diceburi. Memahat sejarah tersendiri, selayaknya pencapaian mereka diteladani.
.jpg?ext=.jpg)
“You Ada Anak?”- Leona Dikecam Dedah ‘Aset’, Ini Respon Azhar Sulaiman
Anak Dikecam Dedah ‘Aset’, Ini Respon Azhar Sulaiman

Setahun Pemergian Ashraf Sinclair, BCL Makin Kuat! Teruskan Perancangan Buka Label Sendiri - "Kalau Jatuh, Kita Terus Bangun!"
BCL kena kuat!

“Ya Allah, Terima Kasih B…” – Kreatif! Achey Beri Jambangan Bunga Buat Isteri, Siap Selit Wang Nafkah
Sweet juga rupanya Achey ni eh? Hehe