Pelakon senior, Kamal Bakar, 62, kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Melaka disebabkan kekurangan oksigen dalam badan berpunca daripada masalah paru-paru yang dihidapi.

Anaknya yang juga pelakon, Hanis Kamaruldzaman, 35, berkata, bapanya itu mula menunjukkan perubahan pada petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.

Akibat bimbang dengan keadaan tersebut, dia kemudian menghubungi ambulans sebelum dibawa ke hospital.

“Ayah saya sekarang masih ditidurkan sejak malam Isnin kelmarin. Pihak hospital sedang sedaya upaya mengesan masalah paru-paru yang dialami itu adakah disebabkan kanser yang dihidap atau jangkitan kuman.

ARTIKEL BERKAITAN: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah…

“Dia ditidurkan berpunca daripada oksigen drop. Dia mulanya sesak nafas sewaktu di rumah. Pada petang Isnin itu dia macam dah nampak lain, bila kita panggil nama dia, dia diam sahaja dan tidak menyahut. Tetapi mulut bergerak macam sedang berzikir.

“Kemudian panggil ambulans, doktor sampai rumah tengok keadaan ayah semua dan mendapati oksigen rendah dan terus bawa ke hospital,” katanya.

BERITA TRENDING: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

“Tambah Hanis, doktor kemudian mengambil keputusan untuk menidurkan bapanya selepas dia meracau disebabkan oksigen yang dibekalkan masih tidak mengcukupi.

“Di hospital, doktor kata, pada satu tahap ayah macam dah meracau. Maknanya bantuan pernafasan yang diberikan tidak cukup, oksigen yang diterima tidak cukup. Pihak hospital ambil keputusan untuk tidurkan ayah,” kongsinya.

Hanis menambah, masalah paru-paru yang dihidapi bapanya mula dikesan sejak Mac lalu apabila dia kerap batuk.

BERITA TRENDING: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib

Ujar Hanis, ibunya kemudian meminta bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan disahkan menghidap kanser paru-paru.

“Ayah sakit sebelum bulan puasa. Kami satu keluarga menganggap puncanya bermula daripada batuk. Tetapi dia susah sangat nak pergi hospital. Bila batuk hanya beli ubat di farmasi, sehingga masalah batuk itu berlanjutan selama dua bulan.

“Sampai satu tahap, saya paksa dia pergi klinik. Doktor kata sudah ada jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan batuk terlalu lama. Kemudian bawa ke hospital dan dapatkan ubat. Mak saya minta ayah buat full check up untuk kesan apa sebenarnya sakit dia.

“Selepas buat full medical check up, kesan ada ketumbuhan di bahagian dada dan usus. Selepas sample diambil, doktor sahkan usus dia dalam keadaan, tetapi doktor sahkan ada kanser di dada,” katanya.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.