Pelakon Nad Zainal menjadi perhatian selepas menunjukkan bakat nyanyiannya.

Nad berkongsi bakat terpendamnya itu menerusi video pendek di entri terbaharu akaun Instagramnya.

Merakamkan lagu cover berjudul Peluang Kedua dendangan asal Nabila Razali, peminat terpegun dengan alunan suara merdu pelakon hebat itu.

hmmm Yem ni memang tak bagi chance lah #peluangkedua #songcover #zamanTikTok #kitamasihSmule #semputbetulbunyitu

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on


Malah Nad juga menerima komen positif daripada pengikut dan juga rakan artis.

Antara rakan artis yang memuji suara Nad adalah Siti Sarah Raissuddin, Elly Mazlein, Ika Nabila dan Catriona Ross.



Menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya juga berharap Nad dapat membuat lebih banyak lagu cover kerana tidak puas mendengar suara merdunya.

“Dia ni rambut panjang so syantik suara pula sedap... Melting sungguh aih,” komen @miiraarshad

“Wah! Menyanyi pun boleh! Power la suara. Sila nyanyi lagi hehe,” puji @reena_ib

Terdahulu, Nad merupakan antara pelakon yang dikenali kerana bakat lakonannya sama ada di pentas teater mahu pun drama.