Pelakon dan penyanyi Lufya Omar yang baru sahaja bercerai dengan suaminya, Dr Che Hafiz pada 17 Jun lalu berasakan sudah tiba masanya untuk dia membahagiakan dirinya sendiri.
Baca: Dr Che Hafiz & Lufya Omar Sah Bercerai Talak SatuSebelum ini Lufya pernah menjawab persoalan seorang netizen yang menyatakan hasrat untuk mengenali dirinya selepas dia bercerai dengan bekas suaminya itu.
Baca: Didekati Lelaki Lepas Bercerai, Ini Pesan Lufya Omar...Dalam satu entri di Instagram, Lufya berkongsi bahawa kehidupan kadangkala menyakitkan, mengusutkan dan menjadi rumit, dan ada masanya perkara-perkara tersebut menjadikan kita semakin kuat dan semakin bijak.
"Dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang diceritakan dalam buku cerita dongeng yang selalu dibacakan oleh ibu dan ayah kita yang melayan kita seperti bidadari. Masa kita kecil ibu bapa melayan, menjaga dan membesarkan kita bagaikan seorang puteri.
"Segala kemahuan ibu dan ayah usahakan walaupun kadang2 tak tertanggung oleh mereka sendiri. Kesimpulannya di sini setiap insan berhak untuk dihargai dan disayangi seperti mana kami dibesarkan," tulis Lufya.
Tambahnya lagi, kita sendiri yang sepatutnya menentukan kebahagiaan sendiri. Lakarlah kehidupan yang baik untuk diri sendiri.
"Kadang terlalu memikirkan orang lain, kita lupa untuk membahagiakan diri sendiri. Be wise, think wise and act wise. Love and respect yourself," tulis Lufya.
Untuk rekod, hasil perkhawinan bersama bekas suaminya, Lufya dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini hampir berusia tiga tahun.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat