Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Hidup Saya Sukar, Memang Langsung Tiada Job" - Da'i Syed Iqmal

Ernalisa
05/11/2024 11:55 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal akur dan sudah lali dengan pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya dan kini bertekad akan memastikan reputasi nama baik keluarga akan terbela.

BERITA BERKAITAN: Da'i Syed Tak Mahu Anak Perempuan Membesar Dalam Keadaan Trauma, Sedih - "Saya Nak Mulakan Hidup Baharu"

BERITA BERKAITAN: Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

BERITA BERKAITAN: Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

BERITA BERKAITAN: Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

Syed, 29, juga mengaku dia kini terpaksa melalui jalan-jalan sukar dalam kehidupan dan membina semula kerjayanya.

"Bukan kata sikit..tapi memang langsung tiada 'job'.

"Sebab itulah saya kata hidup saya buat masa ini agak sukar," katanya sugul.

Dalam pada itu, Syed turut bersyukur penerimaan keluarga mertuanya masih baik biarpun berdepan kontroversi.

"Syukur sangat-sangat kerana saya juga dikurniakan keluarga yang baik.

"Saya baru sahaja balik kampung di JB (Johor Bahru) minggu lalu. Semuanya ok dan baik-baik sahaja. Insya-Allah macam mana pun saya akan bersihkan nama saya," katanya.

Dalam pada itu, peguam bela Muhammad Amin Othman ditemui memberitahu media, Syed Shah Iqmal membuat permohonan itu ekoran tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim, yang menjatuhinya hukuman berkenaan pada 30 Ogos lalu.

Untuk itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk status pemfailan rekod rayuan yang akan dibuat oleh mahkamah rendah.

"Pada hari berkenaan juga, mahkamah telah bersetuju bahawa anqk guqm saya tidak perlu menghadirkan diri ke mahkamah," ringaks beliau.


Sebelum ini, pendakwah selebriti itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium dekat i-City, Shah Alam pada 11 September 2019.

Syed didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan
#Job #Da'i #Syed #tiada
;