Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra kini tiba di penghujungnya.

Memasuki minggu terakhir, Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Dalam episod finale berjudul Sacrifice pada malam ini, segala misteri yang menimpa pelajar-pelajar Sekolah Sri Fatimah bakal terjawab.
Hantu jembalang akhirnya bangkit dari busut di ladang kelapa sawit yang menjadi kawasan larangan.

Dalam pada Pak Azman cuba bertindak melawan jembalang tersebut, Alia berjumpa dengan Murni dan Dr. Aishah di ladang kelapa sawit.
Akhirnya, pesalah sebenar terbongkar.

Naskhah Histeria The Series hasil arahan James Lee diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Saksikan episod akhir Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam ini.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand