Isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abbas meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan.

Hasrat itu diluahkan Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu ini menerusi ucapan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

Selain itu, Ayu juga memuat naik foto-foto ‘throwback’ mereka di akaun Instagramnya.

HAPPY 8th ANNIVERSARY for my beloved husband... . . Today is very special day BUT...i missed it...Sorry sangat2...i’m not saying it faktor usia tau..but is more then bertambah kerja di rumah dan di luar ?...still it is not the reason coz i hate people give a reason insteed of try to recovery..ecececeee.... . . Alhamdulillah, pejam celik je dah 8 tahun kami berumah tangga...of cozla dalam insta kita post yang sweet2 je kan..yang masam2..yang pahit2 tu kita simpan sendirilah for our records in the future??...if u guys swipe tepi are photo of our journey before we get married..tapi sebelum tu sorry if myself is not fully hijab coz that time masih di zaman jahiliah..ya ya ya...it is not suit to be publish but i try my best to crop it ????? . . Anyway the wishes is special to my husband...terima kasih kerana memilih ayu sebagai suri di hati...i know that i’ve a lot of kekurangan dan kekilafan sepanjang menjadi isteri & dibu...tapi dibu akan memperbaiki dari semasa ke semasa...insyaAllah...semoga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah...dan hanya ajal yang memisahkan kita.....amin . . We love u so much..sayang...remember this world are very wide to explore never give up untill end of breath...we always support u whenever and whatever u did as long as “tak tambah satu lagi bini....tambah anak ok..??”...hope that kita di berikan rezeki untuk menimang baby girl..amin.....??? #biladibubebel

A post shared by @ ayu_abas on

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan selain mendoakan kebahagiaan Tomok dan isteri.

Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman.

Dalam perkembangan terbaru, Tomok kini muncul dalam Muzikal Lawak Superstar(MLS) bersama kumpulan Newboh.

MLS bersiaran setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Cara mengundi:

1.Undian boleh dilakukab di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com