Hiburan

Hrithik Roshan Berang, Gambar Keluarga Digunakan Tanpa Kebenaran

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/03/2017
12:06 MYT
Sponsor Banner
Hrithik Roshan Berang, Gambar Keluarga Digunakan Tanpa Kebenaran
Aktor terkenal Bollywood, Hrithik Roshan telah meluahkan rasa marahnya di laman sosial Twitter apabila fotonya bersama anak digunakan tanpa kebenaran oleh Tommy Hilfiger Kids.
Menurut laporan Bollywoodlife, foto Hrithik Roshan bersama dua orang anaknya telah dijadikan iklan jenama tersebut untuk sedangkan mereka tidak pernah menjadi duta kepada produk tersebut.
Menyedari gambarnya digunakan tanpa kebenaran, Hrithik telah memuat naik status berbaur sindiran kepada pemilik produk berkenaan.
"Hai Tommy. Saya tidak pernah memakai pakaian kamu dan anak-anak saya juga tidak pernah menjadi duta untuk produk kamu.
"Kalau kamu kehilangan kesedaran, saya juga mempunyai orang yang boleh membantu kamu. Tolong lebih berhati-hati selepas ini," tulis Hrithik.
Namun, setelah menyedari kesalahan yang dilakukan, pihak Tommy Hilfigher telah menghubungi Hrithik dan memohon maaf.
"Kami daripada pihak Tommy ingin memohon maaf dan berasa sangat malu dengan kejadian ini.
Dalam pada itu, Hrithik dikatakan menerima permohonan maaf itu kerana kagum dengan sikap berani yang ditunjukkan oleh pemilik Tommy kepadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024