Hujan? Payung Kan Ada! Semangat Merdeka Kuasi Diri, Orang Ramai Tak Berganjak Demi Saksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024
Ernalisa
31/08/2024 05:55 MYT
31/08/2024 05:55 MYT
Dataran Putrajaya terus meriah dengan sorakan Merdeka dan tepukan kepada pasukan yang terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke 67 hari ini.
Walaupun hujan renyai, namun orang ramai terus berada di tempat masing-masing tanpa berganjak dan menggunakan payung bagi terus menyaksikan dan memberi semangat kepada pasukan perbarisan negara.
Walaupun hujan renyai, namun orang ramai terus berada di tempat masing-masing tanpa berganjak dan menggunakan payung bagi terus menyaksikan dan memberi semangat kepada pasukan perbarisan negara.
BERITA BERKAITAN : Remaja Hong Kong Disaran Main Badminton Jika Terangsang Lakukan S*ks Sebelum Kahwin
BERITA BERKAITAN : Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’
BERITA BERKAITAN : Pelanggan Wanita Trauma, Pemandu E-Hailing Suruh Duduk Depan Atas Alasan Air Tumpah
BERITA BERKAITAN : Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"
Nasib menyebelahi pengunjung, apabila hujan kemudiannya mula berhenti sepuluh minit kemudian.
Sementara itu, kemunculan pasukan unit bermotosikal berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung.
Selain PDRM, antara yang paling dinantikan pengunjung adalah kemunculan abang Bomba dan JPJ.
Begitu juga dengan Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali sebagai K9 yang menjadi tular sejak sesi raptai dihebahkan.
Terdahulu,Dataran Putrajaya sudah mula dikunjungi orang ramai sejak 10 malam tadi.
Sehinggakan ada juga yang mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan berkenaan dengan berkonsepkan 'glamping'
Selain itu, ada diantara mereka memakai pakaian corak Jalur Gemilang dan tidak kurang juga yang membawa bendera di tangan.
Difahamkan, ada sebahagian pengunjung sanggup melangkah pagar khas bagi menyaksikan perbarisan dengan jarak lebih dekat.