,
Laman Utama

"Hulur Bantuan Pun Kena Fitnah…” – Isteri Atu Luah Rasa Kecewa Dituduh Jual PPE

Fiza Kamarudin
07/10/2020
09:30 MYT
Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaikan bantuan membekalkan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan ke Sabah.
Shafeeqa berkata dia tidak menyangka ada individu sanggup memfitnah dirinya dan suami menjual PPE tersebut termasuk mempolitikkan bantuan ikhlas disalurkan mereka.
“Ada yang libatkan dengan politik, ada yang cakap jual. Tolonglah, kita ni umpama sedang berperang, jadi janganlah menyebarkan fitnah.
“Kami tolong secara sukarela, sikit pun kami tak ada ambil keuntungan. Syukur dah dengan rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga. Untuk apa saya kenakan bayaran, berniaga? “Suami keluarkan duit simpanan untuk bantu saya dalam misi ini. Kecewa saya bila ada yang sanggup menuduh kami mengaut keuntungan berniaga sut PPE.
“Kalau tak percaya individu terbabit bolehlah bertanya kepada Hospital Queen Elizabeth, Hospital Kudat serta pkd-pkd (Pusat Kesihatan Daerah) yang saya salurkan bantuan. Pernahkah kami menghantar sebut harga kepada mereka?,” katanya kesal.
Tambah Shafeeqa lagi lebih mengecewakan apabila disaat kita semua saling memerlukan, masih ada yang berfikiran negatif serta menabur fitnah untuk menjatuhkan orang lain.
“Dalam keadaan macam ini lebih baik kita saling bantu-membantu…Bukan menuding jari kepada orang lain, saling salah-menyalahkan atau buat cerita tidak betul.
“Daripada meninggalkan komen bukan-bukan semata-mata nak tarik perhatian, lebih baik pergi muhasabah diri, sama-sama menadah tangan kepada yang Esa supaya pandemik ini berakhir dan kita semua dilindungi daripada virus pembawa maut ini,” katanya kepada Gempak.
Baru-barui ini Gempak melaporkan Atu dan isteri kini membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital di Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah.
BACA: Atu Zero & Isteri Salur Bantuan PPE Ke Sabah Pula
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharif Imbau Detik Hitam Atu Zero, Lari Ke KL & Jadi Gelandangan - “Dulu Aku Tengok Dia Macam Tiada Harapan”

gempak
21/11/2024
03:55 MYT
Pelawak Sharif Zero mengimbas semula insiden hitam yang pernah terjadi dalam kehidupan adiknya yang juga pelawak Atu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Persembahan Penuh Emosi, Sarkas Juara Muzikal Lawak Superstar 4! Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

gempak
17/11/2024
15:48 MYT
Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Unitar