Sering dilihat bersama, pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha tidak terlepas daripada spekulasi peminat yang berharap agar kedua selebriti itu menjalinkan hubungan percintaan.

Menerusi entri terbaharu di Instagram yang dimuat naik oleh Daiyan, kedua-dua bintang W: Two Worlds itu dapat dilihat mesra menyanyi bersama.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Hun Haqeem Sebak Tersingkir Di Semi Final - "Bila Dah Sampai Separuh Akhir Ni, Jadi Jatuh Cinta"

Berikutan itu, ramai mula beranggapan bahawa bait-bait lirik daripada lagu Aku Dan Dirimu oleh Ari Lasso ft. Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Hun dan Daiyan dalam video tersebut memberi bayangan terhadap hubungan romantik mereka.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


“Cepat nikah!”

“Eh bercinta ke?!”

“Semoga berjodoh korang berdua, bagai pinang dibelah dua,”

“Ini memang pasangan yang baik, kahwin lah, comel sangat!”

Dalam pada itu, ramai rakan-raka artis yang menyokong sekiranya Hun dan Daiyan mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain.


Sekadar info, Hun dan Daiyan baru-baru ini pernah memasuki pernah memasuki pertandingan The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Hun yang memakai maskot Roti John tersingkir di separuh akhir manakala Daiyan yang memperagakan kostum Ikan Emas pula terkeluar pada minggu keempat program berkenaan.

Sumber: Instagram