Viral

Hurungan Lipas, Tandas Berbau Dan Berdaki, Siapa Sangka Premis Hasilkan Tauhu Ini Sangat Jijik!

gempak
Mya Amri
16/06/2020
12:12 MYT
Sponsor Banner
Hurungan Lipas, Tandas Berbau Dan Berdaki, Siapa Sangka Premis Hasilkan Tauhu Ini Sangat Jijik!
Siapa sangka Tauhu iaitu makanan yang kelihatan putih dan bersih rupanya kilang menghasilkan produk itu mempunyai persekitaran yang menjijikan.
Bukan sahaja kotor malan kawasan premis itu juga mempunyai bau yang busuk!
Paling meloyakan apabila pemeriksaan di premis Chong Brother Bean juga turut menemui hurungan lipas.
Malah permukaan lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu juga kotor dan hitam.
Lebih menjijikkan lagi apabila tandas di kilang tersebut juga berbau dan berdaki. Menurut posting di akaun Facebook rasmi Public Health Malaysia, pekerja kilang itu juga didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan di mana mereka tidak memakai pakaian, kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan
Tindakan telah diambil dan premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai operasi kilang makanan yang kotor seperti ini, laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran untuk tindakan.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto sekitar premis berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024