Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"I Will Wear It When I Find It Compulsory" - Natasha Hudson Tidak Lagi Berpurdah, Tutup Ruangan Komen Instagram

Amri Hassan
03/01/2019 04:25 MYT
Pelakon Natasha Hudson memuat naik sekeping foto dirinya tidak lagi berpurdah dalam entri terbaharu semalam.

Kata Natasha, dia kini tidak perlu lagi memakai niqab dan hanya akan memakainya jika perlu.

"Because the niqab is just... not needed.

"Everyone who makes a big fuss out of it should just... go through a journey of yourself and go figure.

"Will wear it when I find it compulsory," tulis Natasha berserta tanda pagar #nonsenseattimes, #basicallyresettingmydeen, #mindyourownbusiness, #dontDMmeadviceandsuchplease dan #nottheendoftheworld.




Bagaimanapun, ruangan komen pada foto terbabit telah ditutup dan terkini, kapsyen itu telah dipadamkan dan hanya digantikan dengan emoji 'love'.

Natasha telah melangsungkan perkahwinan dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada awal Disember 2018.

Sebelum itu pada Oktober lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sekadar perkongsian fakta, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.
#pelakon #Pelakon #Natasha Hudson #Purdah