Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji
Maliah Surip
25/06/2024 01:55 MYT
25/06/2024 01:55 MYT
Pasangan selebriti Indonesia Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah diketahui selamat menunaikan ibadat haji bersama lebih 1 juta umat Islam di seluruh dunia, baru-baru ini.
Seperti menjadi satu kebiasaan, setiap individu yang pulang mengerjakan rukun Islam kelima itu akan diberi gelaran Haji dan Hajah.
Gelaran atau panggilan tersebut bukan satu kewajipan apa lagi kesalahan apabila tidak digunakan.
Namun rupa-rupanya gelaran seperti Haji dan Hajah ini amat penting buat bapa Atta iaitu Anofial Asmid.
Insiden tersebut berlaku sewaktu hos memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar Aaliyah.
“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya," kata hos pada majlis tersebut, lapor Viva.co.id.
Dia mendakwa Thariq juga sebagai haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.
“Tadi sebut-sebut haji teringat Thariq juga sudah haji. Saya dan suami pernah bawa dia tunai haji sebaik habis pantang melahirkannya, usia dua bulan. Jadi dia juga sudah haji, Haji Thariq,” katanya.
Melihat sikap Anofial dan Geni, netizen meninggalkan komen negatif dan mengkritik ibu bapa Atta itu sebagai ‘gila gelaran’.
Malah ada yang mengingatkan Thariq tidak layak digelar haji kerana tidak menepati syarat wajib haji iaitu baliqh atau dewasa.
Seperti menjadi satu kebiasaan, setiap individu yang pulang mengerjakan rukun Islam kelima itu akan diberi gelaran Haji dan Hajah.
Gelaran atau panggilan tersebut bukan satu kewajipan apa lagi kesalahan apabila tidak digunakan.
Namun rupa-rupanya gelaran seperti Haji dan Hajah ini amat penting buat bapa Atta iaitu Anofial Asmid.
BERITA TRENDING: Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti
Ibunya, Geni Faruk pula sempat mengingatkan selain Atta, salah seorang anak mereka iaitu Thariq juga sudah bergelar haji kerana pernah mengikuti mereka menunaikan ibadat tersebut.Marah juruacara majlis tunang
Anofial malah sempat mengingatkan juru acara majlis pertunangan anaknya, Thariq dengan Aaliyah Massaid agar memanggil Atta dengan gelaran Haji.Insiden tersebut berlaku sewaktu hos memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar Aaliyah.
“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya," kata hos pada majlis tersebut, lapor Viva.co.id.
Anofial kemudian dengan pantas memperbetulkan gelaran yang digunakan dengan menekankan penggunaan Haji. “Haji, Haji,” katanya sebelum diperbetulkan hos: “Maaf lupa, Haji Atta.”
BERITA TRENDING: Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
BERITA TRENDING: Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Selain Anofial mahu Atta dipanggil dengan gelaran haji, ibunya Geni pun tak mahu kalah.Dia mendakwa Thariq juga sebagai haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.