Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ibu, Belilah Abah Robot Di Shopee” - Shuhada Dedah Anak Bongsu Rindu Belaian Seorang Bapa

Mya Amri
26/03/2024 05:30 MYT
Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi mendedahkan anak bongsu mereka, Umar sudah mula rindukan figura seorang bapa.

Menurut Shuhada, disebabkan itu Umar juga pernah meminta untuk meminjam ayah daripada sepupunya.

“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.

“Umar asyik cakap suruh beli robot abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu.

“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kesianlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” ujarnya.

Shuhada berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini.

BERITA TRENDING: Shuhada Syukur, Mahkamah Luluskan Permohonan Tambah Nama Ibu Sebagai Penjaga Anak

BERITA TRENDING:“Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi

Bagaimanapun, kata Shuhada anak sulung mereka iaitu Humairah kini sudah boleh menerima kenyataan bahawa ibu bapanya sudah berpisah.

“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

Ditanya sama ada Hafidz ada menghubungi anak-anaknya, Shuhada berkata, Hafidz ada membuat panggilan video semalam.

“Saya tak dengar perbualan mereka sebab saya nak mereka ada privasi untuk bercakap dengan ayah mereka. Tapi, mungkin hal yang saya sempat terdengar, Humairah minta benda yang paling mahal sekali sebab dah sangat lama. Mungkin anak-anak ada minta sesuatu dekat dia kot,” katanya.

Ditanya mengenai nafkah kepada anak-anak, Shuhada memaklumkan nilainya sudah ditambah, namun ada ketikanya Hafidz culas.

“Baru naik sikit (jumlah nafkah), RM200 seorang anak daripada RM100 untuk seorang anak sebelum ini. Bukanlah setiap bulan, sebab ada ketikanya dia culas juga.

“Saya tak boleh bergantung kepada ibu bapa saya sepenuhnya sebab mereka pun dah bersara. Mereka sama-sama bantu jaga anak saya pun alhamdulillah,” katanya.

Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.
#Viral #Anak #cerai #Suami #Hafidz Roshdi #Rindu #Shopee #Robot #Shuhada Shukri
;