Hiburan

Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

gempak
Gempak
06/02/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada
Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berharap perbicaraan hari pertama kes dicederakan bekas suami yang berjalan hari ini dapat diadili sebaiknya oleh mahkamah.

BERITA TRENDING: Muncul Dengan Wajah Lebam & Kesan Jahit Bekas Isteri Hafidz Roshdi: “Ini Lagi Sakit Daripada Jahitan Melahirkan”

BERITA TRENDING: “Buat Permohonan Maaf Tapi Masih Berhubung” - Shuhada Dedah Kantoi Kali Kedua Punca Ditumbuk

Shuhada atau Shu, 30, yang hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, berkata, dia tidak memperjuangkan apa-apa, selain hak dirinya dan juga anak-anak.
“Hari ini saya datang dengan semangat dan harapan. Insya-Allah. Saya harap dapat diadili dengan sebaiknya oleh mahkamah.
“Saya tidak perjuangkan apa-apa, selain hak diri dan juga anak-anak,” ujarnya yang ditemani adik perempuan, Nurul Sofia sebagai saksi.
Shu yang tampil mengenakan persalinan sut berona coklat cerah turut kelihatan bersemangat dan berharap agar dapat memberi dorongan kepada golongan wanita lain yang ditindas sepertinya.
“Semangat saya berkobar-kobar kerana suara sebagai mangsa, akhirnya didengari.
“Saya juga berharap agar dapat memberi semangat pada wanita lain yang ditindas,” katanya.
Terdahulu, pihak pembelaan mewakili Hafidz Roshdi akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya bagi tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pada 13 Mac tahun lalu dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sebelumnya telah ke Hospital Bahagia pada 29 Mac untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

PILIHAN PEMBACA: Mahkamah: Hafidz Roshdi Diperintah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live