Laman Utama

Ibu Hannah Delisha Beri Penjelasan Tentang Perasaannya, Netizen Mohon Bersabar

gempak
Fiza Kamarudin
16/03/2021
00:45 MYT
Sponsor Banner
Ibu Hannah Delisha Beri Penjelasan Tentang Perasaannya, Netizen Mohon Bersabar
Ibu kepada pelakon Hannah Delisha, Noor Ashikin Ahmad meminta orang ramai memahami hati seorang ibu menerusi Hikayat Antah Berantah #IbuTakRestu.
Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik, Noor Ashikin turut menjelaskan sebab dia tidak merestui hubungan anaknya dan menantu.
Bagaimanapun katanya, sebagai seorang ibu dia masih menjaga aib serta tidak akan membuka kisah yang berlaku di antara dirinya dan menantu, Imam Shah.
Menerusi epilog terakhir yang ditulis Noor Ashikin turut menjelaskan tentang sang ibu tidak restu dan reda dengan cara, etika dan norma perkahwinan tersebut berlaku.
Kata Noor Ashikin dia dan keluarga hanya mengetahui tentang berita perkahwinan anaknya pada hari ia diuar-uar kepada media.
Tambah Noor Ashikin lagi dia tidak pernah membenci anaknya.
“Wahai "Smart People”, dalam Epilog terakhir ini, sila rungkai dan fahami serta menjiwai apa yang dirasakan watak Sang Ibu melalui konteks Hikayat ini.
“Harus di fahami, bahawa Sang Ibu tidak restu dan reda dengan Cara, Etika dan Norma perkara ini dikendalikan. Sang Ibu serta keluarganya, hanya tahu tentang berita pernikahan Sang Anak ,sewaktu yang sama dengan anda.
Sang Ibu adalah:
1. Ibu tunggal melahirkan, membesarkan dan mendidik Sang Anak tunggal.
2. Beliau tidak merestui perhubungan Sang Anak dan Pasangannya sejak mereka belum bernikah lagi kerana kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara Sang Ibu dan Pasangan Sang Anak.
Sang Ibu sudah tidak restu dari awal lagi perhubungan mereka kerana apa yang terjadi (lihat keterangan 2).
Tetapi, pernikahan tersebut tetap dilanjutkan tanpa pengetahuanya. Kita gunakan akal sihat untuk berfikir sejenak.
(a) Sang Ibu tidak membenci Sang Anak, tetapi tidak Reda dan Restu dengan Cara, Etika dan Norma perkara ini dikendalikan oleh Sang Suami pada anaknya; serta cara pihak yang sewaktu denganya, mengendalikan perkara ini.
(b) Pasti Sang Suami mempunyai seorang "Ibu". Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu Sang Suami dan keluarganya?,” antara yang ditulis Noor Ashikin.
Sementara itu d ruangan komen, rata-rata netizen memohon agar ibu kepada aktres cantik tersebut tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan.
Ada juga netizen memahami perasaan Noor Ashikin yang sedang terluka dan mendoakan agar dia menemui jalan penyelesaian serta hubungan dengan anaknya kembali jernih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024