Laman Utama

Ibu Komen Keputusan Mantan Suaminya Lepaskan Hak Penjagaan Britney Spears

gempak
Maliah Surip
16/08/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
Ibu Komen Keputusan Mantan Suaminya Lepaskan Hak Penjagaan Britney Spears
Sehari selepas mantan suaminya, Jamie Spears mengalah untuk melepaskan hak penjagaan atau conservator sejak 13 tahun lalu kepada anak perempuannya, Britney Spears, Lynne Spears 'bangkit' memberi komen.
Lynne mengatakan dirinya senang dan gembira mendengar keputusan Jamie untuk melepaskan hak penjagaan tersebut.
"Dia gembira dengan apa yang dilakukan Jamie," kata wakil peguam Lynne, Gladstone N. Jones kepada Entertainment Tonight.
Tiga tahun lalu, Lynne ikut masuk campur terhadap hak penjagaan yang telah lebih sedekad diuruskan mantan suaminya untuk melindungi Britney.
Lantaran itu dia sangat gembira kerana perjuagannya bersama Britney yang merupakan bintang pop tersohor Hollywood itu membuahkan hasil.
"Dia telah memperoleh apa yang dilakukan (kemenangan). Dia tidak mempunyai komen lanjut," ujar peguamnya lagi.
Beberapa hari lalu bapa Britney, Jamie, yang diberi hak sepenuhnya untuk mengawal urusan peribadi, harta, dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$60 juta sejak kira-kira 13 tahun lalu itu membuat keputusan melepaskan semua tanggungjawab tersebut.
Tindakan itu disifatkan oleh peguam Britney sebagai kemenangan selepas bintang itu dalam rayuannya mendakwa hidupnya mengalami tekanan mental, dibuli dan dikongkong termasuk diberi dadah dan tidak dibenarkan berkahwin semula walau sudah berusia 39 tahun.
Kredit Foto: Geo TV
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live