Pelawak dan pelakon, Zizan Razak berjaya membuat kejutan dengan membelikan sebuah kereta berjenama mewah kepada ibu kesayangannya.

Momen indah tersebut dikongsi oleh abangnya, Hafiza Razak menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Pada mulanya ibu mereka tidak mengesyaki apa-apa dan hanya merakamkan tulisan yang ditunjukkan di sebuah skrin kecil di kedai kereta berkenaan.

“Penjual buat-buat tanya ibu, ibu suka Mercedes ke? Lepas itu ajak tengok kereta baru kot kot berkenan, ialah nak tunggu berbuka kan.

“Apa salahnya tengok bukan kena bayar pun, tapi ibu masa ni langsung tak perasan apa-apa. Mungkin masa ni hati ibu berkata-kata wow bertuahnya orang ni dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.

Namun secara tiba-tiba tertera ayat yang menunjukkan bahawa ibunya merupakan pemilik kerete Mercedes berkenaan.

“Tahniah, anda adalah pemilik, ibu tercinta, daripada anakmu Zizan,” tulisnya.

@hafizarazak869 Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @RatuEliz57 ♬ original sound - Hafizarazak869

Tidak dapat menahan sebak, ibunya terus menangis teresak esak sebelum memeluk Zizan yang berada di sebelahnya.

“Masa ini pun sebak lagi, yela dapat kereta idaman, dah berjaya ibu miliki hadiah daripada Zizan Razak.

“Alhamdulillah adik, along bangga dengan adik, banyak tolong kami. Kami sayang awak, adikku,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Netizen Puji Zizan Tak Berkira Dengan Adik Beradik- “Bahagia Je Tengok Muka Abang Dia Senyum Dapat Hadiah Motor”

Zizan sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya tahun lalu.

Rata-rata netizen memuji sikap Zizan yang menghargai adik-beradik selain tidak lokek untuk berkongsi rezeki.