Ibu kepada penyampai radio ERA Radin Amir Effendi, Feridah Hashim telah meninggal dunia pada jam 9.25 pagi tadi di kediamannya di Ipoh, Perak.

Perkhabaran duka itu diterima menerusi wakil radio ERA.

“Salam semua... takziah buat Radin ERA dan keluarga..... Ibu radin baru je meninggal dunia.. semoga arwah tergolong dikalangan orang yang beriman.. Alfatihah,” ujarnya.

Jenazah ibunya akan dikebumikan selepas waktu Asar di tanah perkuburan Islam Taman Meru, Ipoh

Difahamkan ibu Radin yang kini berusia 67 tahun sudah lama menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung pada tong oksigen.

Gempak ingin mengucapkan salam takziah buat Radin sekeluarga dan semoga roh arwah ibu ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.