Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini
Gempak
19/07/2024 07:41 MYT
19/07/2024 07:41 MYT
Mengubat rindu yang mendalam terhadap Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang telah pergi, ibunya, Salmah Abdullah meluangkan masa menziarahi pusara graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi.
Ziarah pusara
Memetik laporan Harian Metro, selain Salmah, ahli keluarga Farah Kartini turut sama-sama ke pusara allahyarham yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur itu.
Menurut abang arwah, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28, emosi ibunya masih tidak stabil buat masa ini.
"Pagi ini abang saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.
"Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor.
"Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Sahabat Baik Menangis Depan Pusara Nur Farah Kartini Undang Rasa Sebak - “Sedihnya, Hilang Kawan Yang Sentiasa Bersama…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Hari Adik Menangis, Tak Boleh Bekerja & Perlu Jaga Anak Masih Bayi” - Abang Dedah Emosi Isteri Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Terganggu
ARTIKEL BERKAITAN: Sampel DNA Sepadan, Jenazah Nur Farah Kartini Dikebumi Di Pekan, Pahang
ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Berlaku Ini Adalah Atas Dirinya Sendiri, Berani Buat Berani Tanggung” - Bapa Suspek Kes Bunuh Farah Kartini
ARTIKEL BERKAITAN: Ladang Kelapa Sawit Dipercayai Lokasi Farah Kartini Dibunuh - "Motif Dalam Siasatan Lagi"
Mohd Farriza Amir turut mengucapkan rasa terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua pihak sepanjang urusan pengebumian adiknya.
"Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.
Semalam, jenazah Farah Kartini, 25, tiba di tanah perkuburan kira-kira 5 petang dari Hospital Sungai Buloh, Selangor dan segera disemadikan.
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro