,
Berita

Sampel DNA Sepadan, Jenazah Nur Farah Kartini Dikebumi Di Pekan, Pahang

Gempak
18/07/2024
06:06 MYT
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga pada hari ini.
Beliau berkata, proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan sebelum ini sepadan dengan Nur Farah Kartini.
"Hasil DNA yang dipadankan adalah positif. Mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor adalah Nur Farah Kartini.
"Saya sahkan bahawa jenazah akan diserahkan hari ini kepada keluarga," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang selepas selesai proses tuntutan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Kuala Lumpur pada Khamis
Abang mangsa, Mohd. Farriza Amir Abdullah, 28, berkata, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.
“Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan.
“Butiran berkaitan akan saya sampaikan nanti,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dilihat tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini sejak pukul 11 pagi tadi.
Turut kelihatan van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai akan membawa jenazah arwah untuk dikebumikan.
Sumber - Kosmo, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

gempak
26/07/2024
02:41 MYT
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Viral

Video Sahabat Baik Menangis Depan Pusara Nur Farah Kartini Undang Rasa Sebak - “Sedihnya, Hilang Kawan Yang Sentiasa Bersama…”

gempak
19/07/2024
02:25 MYT
Tular video memperlihatkan seorang rakan baik kepada Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Dayang tidak dapat menahan rasa sebak ketika pengebumian Allahyarham pada petang, Khamis.
Berita

“Setiap Hari Adik Menangis, Tak Boleh Bekerja & Perlu Jaga Anak Masih Bayi” - Abang Dedah Emosi Isteri Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Terganggu

gempak
18/07/2024
07:22 MYT
Abang kandung kepada isteri suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tampil mendedahkan emosi adiknya terganggu semenjak mengetahui insiden itu.
Berita

“Apa Yang Berlaku Ini Adalah Atas Dirinya Sendiri, Berani Buat Berani Tanggung” - Bapa Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
14:34 MYT
"Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung," kata bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Viral

Ladang Kelapa Sawit Dipercayai Lokasi Farah Kartini Dibunuh - "Motif Dalam Siasatan Lagi"

gempak
17/07/2024
11:25 MYT
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh.