Penyanyi Mark Adam mengakui mempunyai impian untuk membawa ibunya tinggal bersamanya di Malaysia.

Menurut Mark, impiannya itu terpaksa dilupakan selepas ibunya lebih selesa tinggal di Filipina.

"Impian untuk membawa ibu tinggal di Malaysia itu ada namun terpaksa dilupakan kerana dia lebih selesa untuk tinggal di Filipina.

"Ibu saya takut naik kapal terbang dan bot jadi disebabkan itu juga dia tidak mahu datang ke sini.

"Ibu saya merupakan wanita yang berasal dari kepulauan Negros di Filipina dan dia lebih selesa tinggal di sana berbanding untuk merantau di Malaysia.

"Jadi disebabkan itu saya akan balik melawatnya di sana apabila mempunyai masa lapang dan tidak sibuk dengan kerja," katanya kepada Gempak.

Mark berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran program I Can See Your Voice Malaysia musim kedua, di Horu Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program I Can See Your Voice Malaysia musim kedua akan bermula pada 23 Jun ini, setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3.