Pelakon Idris Khan menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu, dia tidak akan berdiam diri dan menegaskan beberapa dakwaan terhadapnya dalam sidang media baru-baru ini tidak tepat.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama pada hantaran terbabit, difahamkan ia merujuk kepada isu penerbit terkenal Datuk A.Aida yang ingin menyaman Idris dan Amelia dalam satu sidang media pada Jumaat.
BACA: Langgar Kontrak, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan
“Merujuk kepada perkembangan semasa, saya merasa terkejut dan hairan. Namun begitu, adalah wajar bagi saya membuat kenyataan seperti berikut.
“Beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dalam sidang media teater baru-baru ini adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.
“Atas nasihat peguam yang mewakili saya, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan.
“Saya ingin menekankan bahawa saya menentang sekerasnya sebarang bentuk
ancaman dan buli dalam masyarakat, apatah lagi dalam industri ini.
“Terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras gut agar mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.
“Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya,” maklum Idris menerusi kenyataan media di media sosialnya.
Amelia Henderson dan Idris Khan didakwa telah melanggar penjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production, Sekali Lagi Cinta Kembali dan menarik diri pada saat akhir dengan alasan tidak munasabah.
Ekoran penarikan diri itu, A Aida berkata pihaknya menanggung kerugian produksi sebanyak lebih kurang RM150,000.
Sehubungan itu, tegas Idris lagi, dia tidak akan terus berdiam diri apabila berdepan isu melibatkan integriti dan prinsip kerjanya.
“Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah SWT dan bukan datang daripada tangan bernama manusia.
“Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup.
“Pihak yang pernah bekerjasama dan mengenali saya sepanjang saya berada di dalam industri ini boleh mengesahkan komitmen dan etika bekerja saya yang tidak boleh dipertikaikan,” ujarnya.
Amri Hassan
Sat Jun 25 2022


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - OOD
boleh pulak dia order upside down.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - ARTEH
Amboii abg ropie mengkome !! Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - HIGHLIGHT
Fuh makin banyak minggu makin hebat semua !

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - NGAM
Ngam tak ngam diorang ni? Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

Kapal Layar Mewah RM200 Juta Kejutkan Warga Kuala Perlis
Wow, bentuk macam kapal angkasa!

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Macam-macam kena tuduh!

Murder By Moonlight: Kenapa Dr Sangeetha Bertanggungjawab Atas Kematian Tuan Osman?
Dr Sangeetha suspek utama pembunuhan Tuan Osman?

MLS3: “Perkataan Kecaman Memang Netizen”- Isu Juri Terasa, Beby Acha Mohon Maaf, Tak Mahu Datuk Awie Salah Faham
Beby Acha mohon maaf tak mahu Datuk Awie salah faham.

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
_2.png?ext=.png)
“Bila Cuaca Terlalu Sejuk, Suara Jadi Sengau” - Jaclyn Victor 3 Kali Masuk Studio, Ada Allergik…
Mencabar juga rakaman lagu Perempuan Jaclyn