Tak mudah bagi penganjur acara festival raya StarVendors, Ifa Raziah untuk menghela nafas lega selagi acara masih berlangsung sampai Isnin depan.
Kata Ifa, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya termasuk kebimbangan dalam segala aspek. Hal itu secara tidak langsung menjejaskan waktu rehat Ifa yang cuma punyai masa 2 jam untuk melelapkan mata.
"Mengadakan sebuah acara yang berlangsung selama berjam-jam ini, saya sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Lebih lagi ini bulan Ramadan, memang perlu tenaga yang lebih.
"Saya tidur maksimum hanya dua jam setengah sahaja sehari paling lama. Kalau tidur pun asyik fikir pasal kerja, memang dalam kepala otak ini kerja. Mungkin kerana saya risau atau khuatir dan perasaan bercampur baur.
"Sebulan sebelum event memang tak akan ada mimpi indah. Nak jaga hati pengunjung, client, vendors supaya semua atas plan yang dirancang. Bukan setakat acara StarVendors raya sahaja, apa-apa acara yang saya anjurkan memang saya akan hadapi itu," kongsinya.
Viral
Ifa Raziah Tidur 2 Jam Sehari, Risaukan Festival Raya StarVendors! - "Kalau Tidur Pun Asyik Fikir Fasal..."