Laman Utama
Ifa Raziah Tolak Banyak Job Selepas Anak Positif Covid-19 – “Nyawa Anak Saya Lebih Penting!”
Penyanyi Ifa Raziah mengakui telah menolak beberapa tawaran kerja untuk memberi sepenuh perhatian kepada anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 17, yang positif covid.
Muhammad Shakir Aqili atau lebih mesra dipanggil Aqili itu disahkan positif Covid-19 sejak 11 hari lalu.
“Kalau nak diikutkan Aqili sudah tamat tempoh kuarantin dan saya hanyalah kontak rapat dan perlu kuarantin selama 5 hari sahaja.
“Tetapi sekarang ini saya risau melihat Aqili yang nampak lemah walaupun tempoh kuarantin sudah berakhir.
“Banyak tawaran kerja yang saya tolak, lagi pun tak ada mood nak fikir tentang kerja…Tetapi tidak mengapalah nyawa anak saya lebih penting,” katanya.
Bagaimanapun kata Ifa, dia bersyukur kerana hanya Aqili sahaja yang positif sementara dia, suami dan anak perempuan tidak dijangkiti.
“Alhamdulillah, kami semua sihat. Hanya Aqili sahaja…Rasa bersyukur sangat kerana virus tersebut tidak merebak kepada kami tetapi dalam masa sama kasihan melihat Aqili berkurung seorang diri di dalam bilik.
“Doakan Aqili kembali ceria dan semangatnya kembali pulih ya. Sekarang ini kami sedang memantau keadaannya selepas Covid untuk melihat kalau-kalau ada simptom Long Covid pula.
“Harap-harap tidak adalah…Saya ada dengar juga yang Long Covid ini juga berbahaya dan boleh menjadi serius,” katanya.
Ifa pada 28 Januari lalu berkongsi di laman sosial Facebook mengenai anaknya yang mendapat jangkitan virus Covid-19 di sekolah.
Must-Watch Video