Khabar pernikahan Ifan Seventeen dengan kekasihnya, Citra Monica bukan lagi rahsia. Pasanhan yang sempat dilanda kontroversi ini memaklumkan merancang menikah setelah sambutan hari raya Aidilfitri.

Saat ini kata Ifan, mereka membuat persiapan mencapai 70 peratus. Ini termasuklah lokasi dan keperluan majlis yang lain.

Malah, salah satu hal yang dilakukan Ifan menjelang pernikahannya dengan Citra adalah
membawanya mengunjungi kubur bekas isterinya Dylan Sahara. Dia juga mengajak ibu dan bapa Dylan ikut mengunjungi kubur wanita yang meninggal dunia dalam tragedi Tsunami Banten sekitar lebih dua tahun lalu itu,

"Saya masih menjaga silaturahim. Walaupun Dylan telah meninggal dunia, tetapi ibu Dylan sudah seperti ibuku sendiri," kata Ifan seperti dilaporkan InsertLive.

Selain itu, Ifan dan Citra juga didakwa telah bertemu dengan doktor. Ifan kemudian mengaku dia dan Citra bertemu doktor untuk memastikan mereka berdua masih subur dan boleh memiliki zuriat selepas berkahwin kelak.diketahui mendatangi dokter kandungan.

"Ya, kami bertemu doktor untuk mengetahui dan check kesuburan," kata Ifan.

Mengikut perancangan, Ifan yang berusia 37 tahun akan menikah dengan Monica yang merupakan seorang janda sekitar Mei tahun ini selepas hasrat berkahwin pada bulan Mac dan April tidak kesampaian kerana pandemik COVID 19.

Instagram: @ifanseventeen