Berita
IJN Perintis Pusat Rehabilitasi Jantung Berteknologi Tinggi Pertama Di Asia
Institut Jantung Negara (IJN) melakar pencapaian dalam penjagaan jantung menerusi rehabilitasi baharu yang dilengkapi teknologi senaman pneumatik termaju.
BERITA TRENDING: “Lambat 5 Minit Tiba Di Hospital, Saya Mungkin Sudah Tiada…” - Azlee Syukur Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup
IJN menerusi satu kenyataan memaklumkan kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi Jerman, Finland dan Belanda, sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit."Rehabilitasi jantung ialah program yang direka untuk membantu pesakit sembuh daripada pelbagai penyakit berkaitan jantung seperti serangan jantung dan pembedahan serta mengurangkan risiko serangan jantung pada masa hadapan.
"Program ini mempromosikan pendekatan holistik bagi penyembuhan dengan menggabungkan latihan senaman, nasihat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung," maklum kenyataan itu.
Dengan kerjasama pakar rehabilitasi Finland dan pengeluar peralatan senaman HUR, pusat itu menyediakan peralatan senaman pneumatik termaju.
Tidak seperti sistem tradisional yang berasaskan berat, menurut IJN sistem pneumatik ini menggunakan tekanan udara untuk menghasilkan rintangan, menawarkan pengalaman senaman lebih lancar dan terkawal.
“Teknologi ini membantu mengurangkan ketegangan pada sendi dan mengurangkan risiko kecederaan selain menjadikan sesi senaman lebih efektif,” menurut kenyataan itu.
BERITA TRENDING: IJN Berjaya Lakukan 2 Pemindahan Jantung, Bukti Masih Ramai Penderma Organ Diperlukan!
BERITA TRENDING: Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN
BERITA TRENDING: “Berderai Air Mata Jantan Saya” - Cadang Keluar KWSP Buat Pembedahan Jantung Anak, Tapi Siti Nurhaliza Datang Beri Bantuan
Kelebihan mesin HUR yang diikuasakan oleh teknologi SmartTouch itu membolehkan input program latihan dan sasaran direkodkan selain sistem ini boleh diselaras secara automatik seperti ketinggian tempat duduk, rintangan dan ulangan serta merekodkan setiap kemajuan pergerakan.Pusat rehabilitasi itu juga dilengkapi sistem perisian Lode Cardiac Rehab Manager yang mampu merekodkan data seperti elektrokardiogram (ECG), kadar degupan dan kelajuan jantung hingga 16 pesakit dalam satu-satu masa.
Selain itu, pusat berkenaan mempunyai pasukan perawat profesional terdiri pakar-pakar seperti kardiologi, fisioterapi, diet dan kesihatan mental yang dapat membantu penyembuhan secara fizikal mahupun emosi.
Sumber: BERNAMA
Must-Watch Video