Penyampai radio Ikhwan selamat menimang cahaya mata perempuan empat hari lalu.

Menerusi entri yang dimuatnaik di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Ikhwan atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan meluahkan rasa syukur dan mendedahkan nama anaknya.

"Hi Assalamualaikum auntie and uncle! Nama saya Nur Aiira Orked. Umur saya 4 hari, Thank You doakan Orked. Alhamdulillah. Orked sihat," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen IG Ikhwan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Rata-rata peminat memuji kecomelan anaknya dan mereka mendoakan agar Orked serta isterinya berada dalam keadaan yang sihat.

Sebelum ini, isterinya, Noor Idayu Mohd Shari pernah mengalami keguguran pada Mac lalu.

Ikhwan dan isterinya berkahwin pada 7 Januari tahun ini.

Hi Assalamualaikum auntie and uncle!!nama saya Nur Aiira Orked, umur saya 4hari, Tq doakan Orked.. Alhamdulillah Orked sihat.. ? #BabyAO #daddylittleprincess

A post shared by Nă₩#Kï (@ikhwanwashere) on