,
Berita

Iklankan Produk Boleh Sembuhkan Covid-19? "Kalau Ada, Mereka Dah Kaya Raya" - DG Hisham

ZULHILMI JALIL
22/10/2020
22:50 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa sehingga kini belum ada lagi sebarang ubat yang mampu menyembuhkan jangkitan virus Covid-19.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada lagi ubat yang benar-benar berkesan ditemui dalam menyembuhkan serangan virus tersebut.
"Setakat ini tiada ubat yang berkesan termasuklah, hydroxychloroquine dan kaletra. Yang kita banyak guna merawat pesakit ialah dexamethasone. Jadi tiada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan.
"Kalau mereka nak ambil vitamin tiada masalah, tapi ubat untuk menyembuhkan jangkitan Covid-19 tak ada lagi setakat ini," katanya pada sidang media yang disiarkan secara live di Facebook KKM semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan sesetengah pihak yang cuba memperdaya orang ramai dengan menjual produk makanan dan ubatan yang boleh menyembuhkan virus tersebut.
Bahkan, katanya sehingga kini, tiada lagi penemuan mengenai ubat yang mampu menyembuhkan jangkitan virus tersebut di dunia.
"Kalau mereka ada, bererti dah kaya raya. Satu dunia tengah mencari ubat yang berkesan menyembuhkan Covid-19," katanya.
Menerusi tinjaun Gempak di media sosial, terdapat beberapa laman di media sosial yang turut secara terbuka menjual produk yang didakwa sebagai anti-Covid-19.
Sebelum ini, terdapat juga pihak yang mendakwa mampu mencegah jangkitan koronavirus dengan pemakaian gelang 'ubat'.
BACA: "Lekatkan Saja Di Tangan" - Alamak...Wanita Ini Dakwa Gelang Mampu Cegah COVID-19?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

Ubat Tumbuhkan Semula Gigi Rongak Diuji Pada Manusia

gempak
03/06/2024
11:54 MYT
Orang dewasa mempunyai 32 gigi kekal tetapi semakin kita meningkat usia, gigi rongak adalah sesuatu yang akan berlaku kerana ia tidak dapat dielakkan.
Hiburan

Kelly Clarkson Mengaku Makan Ubat Kurus: “Tapi Bukan Ozempic”

gempak
16/05/2024
13:50 MYT
Sempat mendakwa dirinya kurus hasil diet, pemakanan ketat dan senaman yang teratur, Kelly Clarkson kini mendedahkan ‘rahsia’ lain di sebalik berat badannya yang susut.
BorakSeeni