Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”
Ainun
21/11/2024 04:55 MYT
21/11/2024 04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Menurut pelakon kacak itu, biarpun punyai prinsip sedemikian, dia harus melaksanakan tugasanya sebagai pelakon untuk menjayakan sesuatu watak yang dipertanggungjawabkan.
Menurut pelakon kacak itu, biarpun punyai prinsip sedemikian, dia harus melaksanakan tugasanya sebagai pelakon untuk menjayakan sesuatu watak yang dipertanggungjawabkan.
“Secara jujurnya, saya tidak gemar bila melakonkan watak berpelukan kerana banyak perkara yang saya fikir bila saya lakukan perkara tersebut.
“Sebenarnya saya tidak boleh bersetuju dengan perkara ini sebab apa yang saya lakukan ini adalah salah. Salah tetap salah tapi itulah cara saya untuk memberi rasa dengan menjayakan watak tersebut,” katanya kepada Gempak.
Ikmal Amry berkata demikian ketika menghadiri jemputan ke Majlis Tayangan Perdana 2 Episod Akhir Viu Original- From Saga With Love 2 di Colony Star Boulevard KLCC, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia sebelum ini pernah berbincang dengan pengarah untuk tidak melakonkan babak yang melibatkan sentuhan.
“Saya ada bincang dengan pengarah untuk melakukan aksi berpelukkan. Sebenarnya saya ada pemikiran dimana bila saya lakukan aksi macam ini, apa yang akan terjadi?
“Contoh macam saya ada babak buka baju, jadi saya terfikir bila saya buka baju ni apa yang akan terjadi. Benda benda ini membuatkan saya terfikir tentang risiko bila saya lakukan aksi sebegitu.
“Saya sebagai seorang pelakon, saya cuba untuk lakukan sesuatu yang baru,” jelasnya.
Meskipun memegang status sebagai suami, Ikmal memberitahu bahawa isterinya, Najla Shamsul, adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan kerjayanya sebagai pelakon.
“Sebenarnya isteri saya adalah pengurus saya. Jadi, apa tawaran yang saya dapat, dia adalah orang yang pertama akan baca dahulu skrip tersebut.
“Selepas dia baca semua skrip saya, dia akan memberitahu saya siapa pelakon yang terlibat dan akan meminta persetujuan saya jika saya boleh lakukan atau tidak watak tersebut,” ulasnya.