Hiburan

"I'm Half German, Part Malay, Part Chinese, Part Tamil. Can Someone Tell Me What And Not To Wear?" - Maya Karin

gempak
Badrul Hashim
21/08/2020
14:27 MYT
Sponsor Banner
"I'm Half German, Part Malay, Part Chinese, Part Tamil. Can Someone Tell Me What And Not To Wear?" - Maya Karin
Hanya kerana seorang pengguna Twitter yang melabelkan pelakon, pengacara dan usahawan jelita Mira Filzah sebagai 'cultural appropriation queen' sehingga menimbulkan perbalahan serta menuduh Mira cuba mengambil keuntungan melalui budaya mereka, seharian perkara ini kecoh di media sosial.
Baca: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!
Namun begitu banyak pihak sama ada golongan selebriti mahupun orang biasa mula berkongsi gambar bahawa memakai pakaian daripada keturunan rakyat lain bukanlah menjatuhkan budaya lain, mahupun untuk mengaut keuntungan, tetapi hanya berkongsi minat dan rasa selesa.
Baca: “Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri
Baca: “Pakai Je Apapun..Asalkan Jangan Bogel” - Nourul Depp Komen Isu Pakai Baju Tradisi Bangsa
Baca: [FOTO] Cantiknya Selebriti Malaysia Menggayakan Busana Tradisional Masyarakat India!
Malah, pelakon dan penyanyi jelita Maya Karin yang mempunyai pelbagai darah campuran juga membuat pertanyaan yang sama di Twitter dan Instagram miliknya.
"I'm half German, part Malay, part Chinese, part Tamil. Can someone tell me what to wear and what not to wear?" tanya beliau seolah-olah 'marah' dengan perkara yang remeh temeh itu.
Baca: Comelnya! Lihat Bagaimana Kontroversi Ini Akhirnya Menjadikan Rakyat Malaysia Kembali Bersatu!
A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
Sejak daripada dulu lagi, percampuran budaya berlaku di negara kita, malah bukan sahaja melalui cara pemakaian, tetapi juga melalui makanan serta beberapa tradisi lainnya termasuk perkahwinan asalkan tidak melanggar batas-batas agama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live