“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Firdaus
02/05/2024 14:36 MYT
02/05/2024 14:36 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Menerusi rancangan podcast The Common Folks, Aliff Aziz menerangkan mengapa dia mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.

Bersalah
“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah. Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.
Disoal tentang mengapa dirinya mengeluarkan cerita-cerita aib tentang Bella, Aliff mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya.
“Ia perkara yang salah, dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia (Bella) tetap ibu kepada anak-anak saya.
“Tapi masa tu saya dipenuhi dengan rasa marah, kebencian dan menyesal,” ujarnya.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.