Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Imane Khelif Namakan Elon Musk, JK Rowling Dalam Tuntutan Undang-Undang Terhadap Kes Buli Siber Di Media Sosial

Gempak
14/08/2024 01:25 MYT
Petinju Algeria Imane Khelif menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.

Nabil Boudi, peguam pemenang pingat emas Olimpik yang berpangkalan di Paris itu memberitahu Variety, Elon dan JK Rowling kedua-duanya dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat kebencian anti kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lepas.

Buli siber

Saman itu difailkan terhadap media sosial milik Elon, X, yang bermaksud ia difailkan terhadap orang tidak dikenali mengikut Undang-undang Perancis.

Nabil memberitahu, dia akan memastikan bahawa pendakwaan mempunyai semua latitud untuk dapat menyiasat terhadap semua orang, termasuk mereka yang berkongsi mesej kebencian di bawah nama samaran.

“J. K. Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu," tulis Nabil di X.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Lelaki, Bapa Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif Beri Kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

Nabil turutmenyatakan bahawa Donald Trump juga bakal menjadi sebahagian daripada siasatan.

Donald Trump

“Trump tweet, jadi sama ada dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, pastinya dia akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan," tambahnya.

Berita mengenai hal ini mula dibicarakan beberapa hari selepas Imane Khelif membawa pulang pingat emas dalam pertandingan tinju 66 kilogram wanita di Olimpik Paris 2024.

Dia muncul sebagai pemenang selepas mengharungi tohamahan dan kebencian yang meluas, di mana dia menghadapi pelbagai gangguan di media sosial mengenai jantinanya.

Dalam satu hantaran, JK Rowling berkongsi foto perlawan Imane Khelif dengan Angela Carini dari Itali, menuduh Imane sebagai seorang lelaki yang menikmati kesusahan seorang wanita yang baru ditumbuk di kepala.

Elon pula berkongsi semula siaran perenang Riley Gaines yang mendakwa lelaki tidak termasuk dalam sukan wanita.

Sementara itu, Trump menulis: “Saya akan menghalang lelaki daripada sukan wanita,” tulisnya.

Sumber: Variety

#JK Rowling #Elon Musk #Imane Khelif #Tuntutan Undang-Undang