Imej kecerdasan buatan (AI) All Eyes on Rafah menjadi imej paling banyak mendominasi media sosial yang digunakan oleh seluruh dunia.

Imej yang dikongsikan sehari selepas Israel membedil Rafah, Gaza memaparkan suasana Rafah dengan khemah pelarian tersusun dan berulang-ulang berlatar belakangkan gunung-ganang dan awan biru.

Di atas imej tersebut tertulis slogan All Eyes on Rafah atau Semua Mata Memandang Rafah.

Ironi, suasana di Rafah tersangat berbeza dengan imej yang digambarkan oleh AI tersebut, lapor Al Jazeera.

Rafah juga kini jauh lebih padat daripada apa yang dipaparkan apabila dianggarkan lebih 1.4 juta pelarian mendapatkan perlindungan di situ selepas Israel melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ sejak Februari lalu.

Rafah yang merupakan kota paling selatan di Gaza kini dilitupi asap yang membuat langitnya kelabu kesan bedilan serta buminya bermandi darah.

Setakat Khamis (30 Mei 2024), imej tersebut telah dikongsikan sebanyak 46.6 juta kali oleh pengguna media sosial sekaligus menjadikan ia perkongsian paling banyak.

Bukan sekadar pengguna media sosial ‘biasa’, ramai figura terkenal dan selebriti seperti Bella Hadid yang bapanya berasal dari Palestin.

Selain Hadid, penyanyi Dua Lipa, pelakon Hasan Minhaj dan Aaron Paul, aktres dari siri Bridgerton, Nicola Coughlan juga tidak takut berkongsi imej tersebut.

Barisan bintang Bollywood seperti Varun Dhawan, Priyanka Chopra Jonas, Alia Bhatt dan Kareena Kapoor Khan juga berkongsi imej All Eyes on Rafah menerusi Insta Story akaun Instagram mereka.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej AI Dalam Template ‘All Eyes On Rafah’ Ini Dijana Oleh Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: "Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys