Gabungan kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital, Sofyank meraih perhatian ramai apabila menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.

Video infografik tentang isu Palestin, Rafah

Video berdurasi 8 minit itu dimuat naik menerusi platform media sosial masing-masing.

Dengan kepakaran masing-masing, Khairul Aming dan Sofyank menggunakan suntingan dan VFX atau kesan visual serta penerangan mudah meningkatkan pemahaman warga maya tentang pergolakan yang berlaku di Palestin.

“Semoga kemerdekaan milik ??. Ini kolaboratif pertama @khairulaming dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di ? adalah bukan konflik semata-mata.


“Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia. Video ni panjang sikit, lapan minit.

“Tapi, kami harap dapat membantu menyebarkan kesedaran untuk saudara kita di sana ???,” maklum mereka.

BERITA TRENDING: Sofyank Dah Jadi Bapa, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur - “Jangan CGI Kan Lagi Anak Tu Ya”


Fazura, Beto puji usaha Sofyank dan Khairul Aming


Hantaran Khairul Aming dan Sofyank itu menerima reaksi positif daripada warga maya termasuklah selebriti antaranya Fazura dan Beto Kusyairy.





Berikut merupakan video yang dikongsi Khairul Aming dan Sofyank:

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)


Untuk info, pemuda yang mendapat jolokan Zach King Malaysia ini banyak menghasilkan video kreatif bersama selebriti terkenuka Hollywood seperti Will Smith dan Ryan Reynolds.

BERITA TRENDING: #GMWA2022: Content Power, Harumkan Nama Negara, Sofyank Penerima Anugerah Gempak Hall Of Fame


Malah, Sofyank juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung pada 26 Februari 2023.