Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

Firdaus
17/08/2024 08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.

Hadiah Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

Menurut Aliff atau pemilik nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menyatakan hadiah tersebut adalah sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-17.

"I love sayang. Tak sangka isteri saya surprise kan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 tahun.

"Terima kasih isteri saya yang tercinta untuk hadiah yang paling bermakna ini," luahnya.

Bercerita lebih lanjut tentang hadiah berkenaan, Aliff menjelaskan bahawa dirinya sudah lama mengidamkan kereta mewah tersebut namun menyekat hasratnya daripada memiliki jentera berkenaan dek kerana komitmen dan ekonomi yang tidak stabil.

"Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferrari koleksi terbaharu ini. Tapi bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai, komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekonomi tak stabil ni," katanya.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

BERITA TRENDING: Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

​BERITA TRENDING: Pernah Berkolaborasi Dengan Ruhainies, Aliff Syukri: “Dah Bayar Berpuluh Ribu Aku Nak Simpan Je Ke?”

​BERITA TRENDING: “Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

​BERITA TRENDING: Telefon Bimbit & Kad Sim Milik Aliff Syukri Disita, Dihantar Ke Forensik

Sekadar info, Aliff dah Shahidah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata.
#Kahwin #Viral #Aliff Syukri #Usahawan #Kereta #Ferrari