Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharunya apabila impian untuk menawan Bukit Peres, Selangor berjaya menerusi aktiviti berbasikal yang disertainya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Siti menjelaskan walaupun perkara tersebut bukan sesuatu aktiviti yang mudah untuk dilakukan namun dia berjaya lakukan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
"Bila berjaya naik Bukit Peres setelah 1 bulan cuti kayuh, memang kejayaan terbaik secara peribadi.
"Mana taknya, Team Kayuh CTDK semua dah menawan Bukit Peres (Bukit yang paling popular untuk semua cyclist sebab mencabar), saya sorang je blom.
"Tapi bila kuatkan semangat, relax & nasihat trainer saya @faizsyarifuddin & @ayinazrin impian saya jadi kenyataan..
"Saya Berjaya juga! Tengokla gambar last tu. Tengah tahan nak muntah hijau lepas sampai puncak.hahahahah. Tapi tak jadi muntah sebab suami dah jampi. hahahaha. tipu ja," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi kata-kata ucapan tahniah atas kejayaan Siti dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan olehnya.
"@fazilah_li: Tahniah. Alhamdulillah bila ada aktiviti yang sama dengan suami memang best dia lain macam. Penat pun tak terasa bila ada dia dengan kita kan."
"@reney3378:Ni Hebat. Kuat semangat betul awak ni ya @ctdk. Tahniah diatas pencapaian untuk diri sendiri."
"@pahlawanbasikal: Steady Datuk Seri. Naik Perez sampai senyum simpul."“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di